MEMAHAMI KEBENARAN ATAU CUKUP HANYA SAMPAI KEBENARAN?
Ramai yang
mengaku islam tetapi tidak mahu mendalami ilmu-ilmu di dalam islam. Akibatnya
mereka jahil dengan agama mereka sendiri, lalu ada dikalangan mereka yang
melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan agama dengan alasan tidak tahu.
Persoalannya adakah
alasan mereka diterima oleh Allah S.W.T, sebab jahil terhadap agama sedangkan
penyebab kejahilan itu ialah diri mereka sendiri yang tidak mahu mengaji dan
mengkaji?
Perkataan ulama yang sahih bahawa hanya disyaratkan, ialah adanya hujjah
bukan memahami hujjah secara detail.
Makna tidak disyaratkan memahami hujjah ialah kita katakan kepada setiap
orang kafir, kekafiran mereka kerana menolak, kemungkinan kekafiran mereka
setelah sampainya hujjah dan keterangannya lalu penyebab kepada penolakan
mereka adalah hawa nafsu atau kesesatan mereka yang menghalangi dari memahami
hujjah.
Firman Allah
S.W.T ;
{وَمِنْهُمْ مَنْ
يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ وَجَعَلْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي
آذَانِهِمْ وَقْرًا وَإِنْ يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَا يُؤْمِنُوا بِهَا}
“Dan di antara mereka ada orang yang
mendengarkan (bacaan)mu, padahal Kami telah meletakkan tutupan di atas hati
mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (kami letakkan) sumbatan di
telinganya. Dan jika pun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap
tidak mau beriman kepadanya”.
(Al-An'am: 25)
Apa yang
dimaksudkan memahami hujjah?
Memahami hujjah bermaksud memahami cara disampaikan hujjah melalui bahasa
mereka, dengan kekuatan hujjah itu berbanding syubhat yang ada.
Seseorang mungkin kabur tentang cara beribadah yang sebenar, mungkin kabur
dalam hukum halal atau haram, tetapi mereka telah tahu adanya hukum tentang
perkara tersebut yang disampaikan dengan bahasanya yang difahami. Bahasa yang
digunakan itu difahami oleh orang yang mendengar.
Jika seseorang itu tidak memahami keadaan hujjah itu, mana satu betul
hujjah yang ada pada mereka atau hujjah yang disampaikan kepada mereka, maka
ini tidaklah disyaratkan di dalam penyampaian hujjah itu.
Contohnya ; seorang islam yang tahu bahawa agama islam lengkap pada semua
persoalan ibadah dan lain-lainnya, tetapi dia tetap berdoa minta tolong kepada
wali yang telah mati, maka dia telah dikira syirik sekalipun dia tidak tahu hukum
berkaitan itu.
Pada asasnya ahlu sunnah wal jamaah mensyaratkan sampainya hujjah sahaja
dengan bahasa yang difahami, tidak disyaratkan hujjah itu difahami secara
detail. Tetapi dalam sesetengah masalah agama mereka
mensyaratkan memahami hujjah tersebut. Tidak faham hujjah itu menjadi
penghalang kepada kekafiran mereka.
Oleh itu, adanya
al quran dan hadis adalah sebagai hujjah jika difahami bahasa yang digunakan
oleh penyampai hujjah tersebut.
Pemahaman detail hujjah tersebut tidak disyaratkan, kerana mereka yang
menolak mungkin disebabkan ingkar walaupun telah faham, atau mereka menolak
kerana kekangan dosa yang menghalangi.
Memahami hujjah
ada dua jenis ;
Pertama ; faham
makna perkataan hujjah. Ini menjadi syarat sampainya hujjah kepada mereka.
Contoh ; orang islam yang disampaikan satu hokum di dalam bahasa yang dia tidak
fahami, lalu dia melakukan kesalahan, maka dia tidak dipersalahkan.
Kedua ; faham
perbahasan dalam hujjah, hingga jelas nampak kekuatan hujjah berbanding syubhat
yang ada pada mereka. Ini tidak disyaratkan ketika telah adanya hujjah.
Contoh ; orang
islam yang tidak memahami detail masalah hingga mereka melakukan kesalahan,
maka mereka tetap bersalah.
Ringkasnya ;
jika seseorang memahami bahasa yang diucapkan penutur hujjah maka tiada alasan
lagi dia tidak tahu. Tidak ada waktu, masjid jauh, tiada kenderaan, letih, ada
program lain dan berbagai-bagai alasan tidak diterima jika seseorang jahil
terhadap agamanya.
No comments:
Post a Comment