Tuesday, May 3, 2016

IKRAR RUBUBIAH ADALAH FITRAH SEMULAJADI

Ikrar Rububiah Allah S.W.T adalah fitrah semulajadi

Tidak diragukan bahawa ikrar terhadap Rububiah Allah adalah perkara semula jadi yang Allah kurniakan kepada manusia.
Kesyirikan pula adalah perkara baru yang berlaku terhadap manusia. Anak-anak akan mengikuti jejak ibu bapa mereka dalam beragama.
Apabila mereka berhujah pada hari kiamat nanti di hadapan Allah S.W.T, kami hanya mengikuti jejak langkah orang-orang terdahulu, maka dikatakan kepada mereka ; bukankah kamu telah mengetahui dengan penciptaan dan mengakui adanya Pencipta bagi setiap sesuatu? Tiada yang mengatasi dan sama dengan Pencipta alam ini? Bukankah kamu telah menyaksikan perkara tersebut? Bukankah kamu sendiri menjadi saksi di atas kesyirikan yang kamu telah lakukan?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَآءَ لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ [النساء:135]

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri

Kamu sendiri akan menjadi saksi ke atas diri kamu di atas apa yang telah kamu lakukan terhadap kesyirikan itu. Bahkan kamu sendiri memilih untuk percaya Rabb selain Allah yang kamu tidak tahu hakikat kebenarannya. Oleh yang demikian Allah tidak akan menyalahkan kanak-kanak yang belum boleh memilih dengan bebas berdasarkan fitrah mereka jika mengikuti kesyirikan kedua orang tua mereka, sehinggalah mereka baligh dan berakal setelah didatangkan hujjah kepada mereka.

Ketika mana mereka boleh berfikir secara bebas setelah baligh maka wajiblah mentaati Rabb yang sebenarnya. Mereka boleh teruskan kepercayaan ibu bapa mereka jika ibu bapa mereka percaya kepada Rabb yang sebenar, sepertimana Nabi Yusuf a.s ikut kepercayaan orang tuanya Nabi Ya’kub a.s ;

وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَآئِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ [يوسف:38]
Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub

Jika sekiranya orang tua mereka menyimpang dari Rabb yang sebenarnya maka ketika itu tidak boleh sama sekali mereka terus ikuti kepercayaan tersebut.

وَوَصَّيْنَا الإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا [العنكبوت:8]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka

Sesiapa yang mengikuti kepercayaan orang tuanya yang menyimpang dari Rabb yang sebenarnya, maka mereka telah mentaati hawa nafsunya, dan akan di pertanggung jawabkan di hari kiamat nanti.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ [البقرة:170]
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

Mengetahui adanya Rabb sebenar dan pengakuan terhadap kewujudanNya adalah fitrah semula jadi yang telah Allah S.W.T tanamkan dalam setiap jiwa manusia, akal mereka juga mengakui kewujudan Rabb, bahkan hati manusia sentiasa tercari-cari siapakah Rabb sebenar sebelum mereka bertemukan kebenarannya. Kerana itu kepercayaan tentang wujudnya Rabb tidak memerlukan banyak petunjuk dari al-quran dan sunnah. Walau bagaimanapun al-quran dan sunnah tetap memperkatakan hal tersebut supaya menjadi penguat kepada fitrah dan akal manusia dan akan bertambah keimanan orang-orang yang mempercayainya serta akan menjadi hujjah kepada orang-orang yang mengingkarinya.

Kesimpulannya ; bahawa pengakuan dan penyaksian di atas wujudnya Rabb sebagai Pencipta sebenar adalah perkara fitrah dan lumrah bagi setiap manusia.

Berkata Syaikhul Islam ; ahlu fitrah semuanya bersepakat dalam ikrar wujudnya Rabb. Katanya lagi ; seluruh jin dan manusia mengakui adanya Pencipta dan perkara ini adalah keperluan bagi mereka sebagaimana keperluan makan minum mereka.

Jelas sekali bahawa tiada pertentangan terhadap kewujudan Pencipta bagi musyrikin yang diseru oleh setiap rasul-rasul mereka kerana Rabb adalah ikrar semulajadi mereka.

قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللّهِ شَكٌّ [إبراهيم: 10]
Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi?

keperluan kepada petunjuk wahyu tentang kewujudan Pencipta dan kesempurnaanNya apabila terdapat penyimpangan daripada fitrah semula jadi ini.

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى [الأعراف: 172]
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami)

Berkata muhammad bin kaan alqurazi ; pengakuan ruh-ruh terhadap Rabb sebelum dijadikan jasad-jasad mereka.



No comments: