TAMSILAN PENGUBAH KUIH BIDAAH
- Sebuah syarikat gergasi mengupah seorang pekerja dengan gaji 20000 sebulan sebagai penjual kuih.
- Kerjanya hanya menjual kuih yang telah disiapkan sepenuhnya oleh syarikat.
- Syarikat begitu menjaga kualiti setiap produknya. Sedangkan kuih yang diupah menjualnya adalah produk terbaru dari syarikatnya.
- Tidak laku atau rugi dalam jualan kuih bukan menjadi persoalan syarikat besar ini.
- 5 jenis kuih, 5 rasa dan 5 warna setiap hari diniagakan untuk promosi produk.
- Kadang-kadang laku, kadang-kadang tidak.
- Penjual mengambil kesempatan menjual produk sendiri di atas meja syarikat.
- Penjual juga sesekali mencampurkan aduk setiap kuih syarikat supaya nampak menarik dan laku.
Kesalahan pekerja
adalah ;
- Menjual produk sendiri diatas meja syarikat. ( bidaah hakiki )
- Mencampur adukkan produk asal syarikat dengan alasan supaya menarik. ( bidaah idhafi )
Kedua-dua
kesalahan tidak dapat dimaafkan, kerana syarikat gergasi ini telah beri gaji
yang begitu tinggi kepada penjual kuih hanya untuk memperkenalkan produk kuih
terbarunya. Sedangkan syarikat ini begitu dikenali sebagai syarikat yang begitu
ketat menjaga kualiti produknya.
Begitu jugalah
agama ini yang tidak membenarkan amalan-amalan lain untuk diletakkan di atas
meja agama. Ataupun mencampur adukkan segala amalan dari agama ini pada asalnya
lalu menjadi suatu amalan lain.
No comments:
Post a Comment