tt6) TAKRIF TAUHID RUBUBIAH
SECARA ISTILAH
Ialah mengikrarkan secara kukuh bahawa Allah S.W.T adalah Rabb setiap
sesuatu, Pemilik, Pencipta, Pentadbir, tiada bersekutu denganNya sesuatu yang
lain di dalam pemerintahanNya, tiada yang dapat menolak arahanNya dan tiada
sesuatu yang serupa denganNya.
Sebahagian ulama mentakrifkan ;
Pegangan yang kukuh terhadapap Allah S.W.T sebagai Pencipta, Pemberi
rezeki, Pengurus segala sesuatu, tiada sekutu bagiNya.
Takrif ini melengkapi di atas 2 perkara ;
1. Beriman dengan adanya Allah S.W.T
2. Pengakuan bahawa Allah S.W.T adalah Pencipta segala sesuatu, Pemilik,
Pemberi rezeki, Yang menghidupkan, Yang mematikan, Yang memberi manfaat, Yang
memberi mudarat, Yang mempekenankan doa, Yang di tanganNya segala kebaikan,
Yang berkuasa, Yang mentakdirkan, Yang menguruskan alam dan tiada yang
seumpamaNya.
Banyak dalil-dalil di dalam al-quran dan sunnah yang menetapkan tentang
Rububiah Allah S.W.T. Diantaranya ialah ;
: الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ [الفاتحة: 2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan
sekalian alam
أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ [الأعراف: 54]
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian
makhluk) dan urusan pemerintahan
قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ [المؤمنون: 88]
Tanyakanlah lagi:
Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan
tiap-tiap sesuatu
Allah S.W.T menyuruh hamba-hambaNya merenung dan berfikir kepada
tanda-tanda yang zahir pada makhluk-makhluk di langit atau di bumi supaya
menjadi petanda kewujudan Rabb mereka
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ [الحشر: 23]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;
Yang Menguasai sekalian alam
وَلِلّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا [المائدة:17،
Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan
segala yang ada di antara keduanya
فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
[يس: 83].
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan
yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan
Rabb ialah Yang menjadikan, Pencipta dan Yang membentuk makhluk-makhlukNya.
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ [الحشر: 24]
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari
tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang
dikehendakiNya
Rabb adalah Yang memulakan dan Yang mengembalikan sesuatu.
وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ [الروم: 27]
Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian Ia mengembalikannya hidup semula sesudah mereka mati)
Rabb ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, Dia yang mencipta
kehidupan dan menciptakan kematian
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ
لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا [الملك: 2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik
amalnya
لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ[الدخان:
8].
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan
dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang
telah lalu
Rabb adalah Yang memberi manfaat dan memberi mudarat.
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً مِّن بَعْدِ ضَرَّاء مَسَّتْهُمْ إِذَا لَهُم
مَّكْرٌ فِي آيَاتِنَا [يونس: 21]
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa
sesuatu kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka
menentang ayat-ayat keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya
قُلْ فَمَن يَمْلِكُ لَكُم مِّنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ
أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا [الفتح: 11].
Katakanlah (wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu)
maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau
menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau
beroleh manfaat
Rabb adalah Yang memberi dan Yang menahan pemberian.
مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ
فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ[فاطر: 2]
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak
ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka
tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu
وقال الرسول صلى الله عليه وسلم في دعائه بعد الفراغ من الصلاة: ((اللهم لا مانع
لما أعطيت ولا معطي لما منعت))
Berkata Nabi S.A.W dalam doanya selepas solat ‘ Ya Allah, tiada yang dapat
menegah apa yang Engkau kurniakan dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau
halang’.
Rabb ialah Yang menguruskan leseluruhan alam ini ;
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ [يونس: 3]
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan
وَمَن يُدَبِّرُ الأَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللّهُ [يونس: 31]
Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan
pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab
(mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya
يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
[الرعد: 2].
Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda
kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk
menerima balasan))
Rabb adalah Yang menjadikan, memberi rezeki, Yang perkasa dan Yang
menentukan setiap sesuatu ;
قُلِ اللّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ [الرعد: 16]
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu
هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاء وَالْأَرْضِ [فاطر:
9]
tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia
memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ [الذاريات: 58]
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya
إِنَّ اللَّه عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [البقرة: 20].
sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Rabb adalah Yang memulakan dan Yang mengembalikan sesuatu.
No comments:
Post a Comment