ANTARA DUA MADRASAH, MANA SATU YANG BETUL?
Pernah ditanya kepada Syeikh Soleh
Ibn Uthaimin ;
Adakah perbahagian ahlu sunnah
kepada dua ; madrasah Ibnu Taimiah dan murid-muridnya, madrasah Assyairah dan
Maturidiah itu pembahagian yang sahih?
Dan apa kedudukan muslimin terhadap
ulama yang mentakwilkan sifat-sifat Allah S.W.T?
Maka beliau r.h menjawab :
Tidak diragukan lagi bahawa apa
yang dipelajari oleh talabatil ilm dalam pengajian mereka, mazhab ahlu sunnah
ialah ; beriman dengan nama-nama Allah S.W.T dan segala sifatNya, tanpa
mengubah, mengosongkan, menkaifiatkan dan menyerupakan.
Ini adalah persamaan
yang berlaku bagi nisbah mazhab ahlu sunnah, begitulah kamu akan dapatinya di
dalam kitab-kitab mereka samada yang kitab besar atau ringkasan.
Adapun pembahagian dua madrasah
ini, madrasah Ibnu Taimiah dan madrassah Assyairah.
Pertama ; madrasah Ibnu Taimiah dan
murid-muridnya yang menegah daripada mengubah nas dari zahirnya.
Kedua ; madrasah Assyairah dan
Maturidiah yang mewajibkan untuk ubah makna zahir nas pada asma Allah dan
sifatNya. (yang dianggap kesamaran)
Maka kita kata ; telah maklum
bahawa kedua-dua madrasah ini berlaku perbezaan pendapat yang ketara dalan
manhaj pada apa yang bersangkutan dengan asma Allah dan sifatNya.
Madrasah pertama ; mengikrarkan
kewajipan untuk mengekalkan nas-nas di atas zahir maknanya yang bersangkutan
dengan asma dan sifat Allah S.W.T serta menafikan tamsil (penyerupaan) dan
kaifiat (cara yang serupa).
Madrasah kedua ; mengikrarkan
pengikut-pengikut mereka akan kewajipan memalingkan makna asal nas pada apa
yang bersangkutan dengan nama dan sifat Allah S.W.T.
Kedua-duanya
adalah manhaj yang sungguh berbeza, perbezaan ini dapat dilihat pada
contoh berikut ;
Firman Allah S.W.T ;
Maksudnya:
“bahkan kedua tangan
Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia
belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki”
(al-Maidah 5:64)
Madrasah pertama berpendapat; wajib
kekalkan makna-maknanya dan menetapkan sifat kedua tangan yang hakiki bagi
Allah yang layak bagiNya.
Madrasah kedua berpendapat ; wajib
diubah maknanya dan haram menetapkan sifat tangan bagi Allah S.W.T kemudian
berselisih sesama mereka pada menetapkan makna samada kekuasaan atau nikmat.
Dengan contoh ini ternyata bahawa
kedua-dua manhaj ini berbeza, dan tidak mungkin perbezaan ini dihimpunkan dalam satu sifat iaitu
ahlu sunnah.
Jadi kita mestilah mengkhususkan
sifat ahlu sunnah terhadap salah satu madrasah ini, adil dalam menghukum dan
kita serahkan kepada neraca keadilan
kitabullah dan sunnah NabiNya s.a.w serta perkataan sahabat dan tabiin r.a.
Tidak ada petunjuk kebenaranpun
pada madrasah kedua ini dalam takwilan mereka samada pada wajah dalalah,
mutabaqah, tadamun atau kelaziman yang jelas mahupun isyarat. Bahkan petunjuk
kebenaran berada di pihak madrasah pertama yang terang, jelas tanpa takwilan.
Oleh kerana itu tertentulah pensifatan ahlusunnah kepada madrasah pertama ini.
Adapun pandangan madrasah kedua ;
tiada tegahan dalam mentakwilkan asma dan sifat sekiranya tidak bertentangan
dengan nas syar’ie. Maka kita katakan ; semata-mata ubah lafaz dari makna
zahirnya tanpa dalil syarak adalah bertentangan dengan dalil.
Firman Allah S.W.T ;
وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
“(Allah mengharamkan)
kalian berkata atas Allah apa yang tidak kalian ketahui.” [Al-A’rof: 33]
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ
السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu
tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS. Al-Isra: 36)
Hanyasanya
sifat ahlu sunnah tidak mungkin untuk diberikan kepada kedua-dua madrasah yang
mempunyai manhaj yang cukup berbeza, yang paling layak ialah manhaj yang tepat
dengan sunnah sahaja, dan tidak diragukan bahawa madrasah pertama terlebih
berhak untuk disifatkan sebagai ahlu sunnah berbanding madrasah kedua.
Adapun perkataan madrasah Ibnu Taimiah
semata-mata akan memberikan salah faham, kerana apa yang dilalui oleh madrasah
Ibnu Taimiah adalah apa yang telah didahului di kalangan salafussoleh dan
imam-imam 4 mazhab.
Adapun pendirian kita terhadap
kesalahan-kesalahan ulama dalam pentakwilan, maka kita kata ; sesiapa yang
dikenali dikalangan mereka yang berniat baik untuk kebaikan agama dan berusaha
untuk mengikuti sunnah, mereka akan diberi keuzuran kerana melakukan takwil.
Sebaliknya keuzuran itu tidak menegah daripada kita mengatakan salah terhadap
cara mereka yang bertentangan dengan jalan salafusoleh yang tidak mentakwilkan
nas-nas sifat Allah serta berpegang dengan apa yang ditunjukkan oleh nas tanpa
takyif, ta’til dan tamsil.
Kewajipan kita adalah membezakan
antara hukum perkataan dan hukum orang yang berkata, hukum kelakuan dan hukum
pelaku. Hukum yang salah jika berdasarkan ijtihad yang ikhlas tetap diberikan
pahala sebagaimana kata Nabi s.a.w ;
إذا
دكم الحاكم فاجتهد ثم اصاب, فله اجران. واذا حكم فاجتهدثم اصاب, فله اجران. واذا حكم
فاجتهد, ثم اخطأ, فله اجر."
(رواه مسلم).
No comments:
Post a Comment