KEDUDUKAN TAUHID RUBUBIAH
Apabila seseorang hamba mengakui Rububiah Allah S.W.T, maka pengakuan itu
akan membawa dia kepada pengakuan Uluhiah Allah, kerana Rububiah dan Uluhiah adalah
sesuatu yang bersangkutan.
Pengakuan kukuh seseorang kepada sifat-sifat Rububiah Allah seperti
Pencipta, Yang menghidupkan, Yang mematikan, Yang memberi manfaat, Yang memberi
mudarat, Yang membahagiakan, Yang mencelakakan dan menerima bahawa Allah
sahajalah yang memberi taufik serta hidayah, dengan ketentuan Allah sahaja yang
memasukkan seseorang itu ke dalam syurga atau neraka, maka dia akan memohon
hanya kepada Allah, beribadah hanya untuk Allah, mengagungkan hanya kepada
Allah, takut hanya kepada allah.
Itulah tandanya tauhid Uluhiah di dalam hatinya. Kerana tauhid Uluhiah
dimulakan dengan pengakuan yang tulus terhadap RububiahNya. Ini menunjukkan
bahawa kedudukan tauhid Rububiah terdahulu dari tauhid Uluhiah. Pengetahuan berkaitan
Rububiah adalah perkara fitrah manusia, hanya sahaja kebanyakkan manusia itu
terjebak ke dalam kesyirikkan kerana melakukan perkara yang membatalkan tauhid
Uluhiah. Kerana tauhid Uluhiah inilah diutuskan para rasul untuk berdakwahkan kepada
tauhid Uluhiah atau tauhid Ubudiah juga dikenali sebagai tauhid Ibadah.
Walau bagaimanapun tauhid Rububiah sahaja belum mencukupi sekiranya tidak
disertakan dengan tauhid Uluhiah, kerana kedua-duanya saling terkait. Kerana itu
Allah S.W.T menyatakan ;
وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ [يوسف: 106]،
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak
beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Mujahid r.h mengatakan di dalam tafsiran ayat ini ; keimanan mereka ialah
perkataan mereka Allah Pencipta kita, Pemberi rezeki, Yang mematikan, Yang
mematikan, maka kepercayaan itu disertakan penyembahan selain Allah.
No comments:
Post a Comment