Tuesday, May 17, 2016

CERPEN SYUBHAH PAK KALAM 2



SYUBHAH PAK KALAM 2



Pak kalam telah habis menelaah dhobit-dhobit dalam kitab kuning yang telah dia pelajari 30 tahun lepas. Dia cukup bersedia kali ini untuk berdebat dengan siak pak wahab yang menghitamkan air wajahnya petang semalam.

Hampir jam 2 pagi baru selesai pak kalam kembali ke zaman pengajian sifat 20 dengan membelek satu persatu helaian lusuh kitabnya. Kali ini dia yakin dapat mematahkan hujah siak pak wahab.

Antara hujah yang pak kalam rasa akan membungkam siak pak wahab berkaitan wajah Allah nanti ;

“Kalau kamu kata wajah Allah ialah sifat sahaja bukannya anggota tubuh badan, sifat yang hanya kita fahamkan saja maknanya tanpa boleh kita rupakan. Lalu bagaimana nanti diakhirat kamu kata nak lihat wajah Allah? Bukankah kita orang islam diajar supaya ikhlas mengharapkan wajah Allah, kita nak bertemu wajah Allah. Jadi kalau kamu katakan wajah adalah sifat sahaja yang boleh kita fahami dalam pemikiran tidak ada rupa bentuknya, maka bagaimana nanti di akhirat kamu nak tengok wajah Allah sedangkan kamu kata itu hanyalah sifat?. Hujah ini akan jadikan siak pak wahab akan kelu nanti” bisik hati pak kalam sambil senyum bangga.

Awal subuh lagi pak kalam dah sampai masjid, ditinjau-tinjau tak nampak pulak kelibat siak pak wahab. Selesai imam Man bawa wirid ringkas selepas solat subuh yang kadang-kadang tak dengar kalimah apa yang disebut. Pak kalam ternampak kelibat siak di belakang tiang tengah masjid sendirian berwirid. Pak kalam hanya menunggu di luar masjid sambil mengingati kembali hujah-hujahnya.

“Apa yang engko cakap petang semalam ada betul jugak” pak kalam memulakan hujah.

(pak wahab) “betul tu, kalau kita tak sangka buruk pada orang…”

(pak kalam) “sangka buruk apa pulak pak kalam? aku tak sangka buruk pada kau pak wahab, apa yang engko cakapkan ini.”

(pak wahab) “kalau engko sangka orang lainpun sama tak faham macam engko”.

(pak kalam) “aduss..sussah betul nak cakap dengan engko ni pak wahab”

(pak wahab) “aku cakap bahasa mudah nak faham tak perlu engko nak takwil-takwil lagi pada cakap aku ni. Mudahlah nak faham. Apa yang engko nak bagitau aku pagi-pagi ni?.

(pak kalam) “cakap engko semalam tu bila aku renung-renung ada betulnya jugak”.

(pak wahab) “dah tu apa yang tak betulnya?”

(pak kalam) “Cuma aku musykil satu je..engko kata wajah Allah yang Dia sebut dalam al quran tu sifat, bukannya anggota tubuh badan. Itu ada logik jugak, tetapi kalau engko kata sifat wajah Allah tu ialah satu kefahaman kita sahaja, tidak boleh dirupakan, tidak boleh dibentukkan…macamana pulak nanti diakhirat? Engko dan geng engko kata boleh tengok wajah Allah, wajah yang hakiki? Kalau sifat saja macamana pulak engko kata wajah hakiki. Maknanya diakhirat nanti kita tak boleh nampak jugalah wajah Allah?..bukan begitu?” kata pak kalam sambil senyum memerangkap pak wahab.

Pak wahab senyum sambil tutup suis lampu beranda masjid.

(pak wahab) oh…itu je ke? ingat apa tadi. Aku nak tanya engko..

(pak kalam) aik kita tanya dia, dia tanya kita balik…

(pak wahab) Allah berkuasa tak?

(pak kalam) aissh engko ni…qudrah dan kaunuhu qaadiran tu kan berkuasa, kalau Dia tidak berkuasa mana boleh jadi Tuhan.

(pak wahab) haa…itulah jawapannya..engko dah jawab soalan engko sendiri, apa lagi mau tanya? Dan satu lagi Imam Malik pernah kata, walkaifu majhul, kaifiat atau cara tidak diketahui...ha itu maknanya ada caralah nak tengok, bukan tak de cara nak tengok, engko mati nanti tahulah cara nak tengok wajah Allah tu..

Dengan wajah tenang pak wahab tinggalkan pak kalam dengan persoalan…..

“aku kah yang tak faham, atau dia yang tak faham” bisik hati pak kalam.


No comments: