Sunday, May 15, 2016

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

PERKARA PENTING DALAM IBADAH
Kenal dan Cinta


Berkata syaikhul islam Ibnu Taimiah ;

“Allah S.W.T adalah yang berhak dikasihi dan diibadahi, bahawa kasih kepada Nabi s.a.w adalah keranaNya, hati tertaut kepada kasih dan taat kepadaNya  sebagaimana pertalian hati dengan ilmu tentangNya dan keyakinan terhadapNya”.
" مجموع الفتاوى " ( 7 / 541 ) .

Dari sini kita akan dapati bahawa pendorong utama untuk beribadah ialah pengagungan dan kemuliaan serta kesempurnaanNya, dan apa yang tersendiri Allah S.W.T daripada segala sifat-sifat uluhiah dan rububiah.

Pendorong kedua ialah pengurniaan nikmat Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya, dan kasih sayang Allah S.W.T kepada hambaNya, hati akan terpaksa mengasihi sesiapa yang berbuat kebaikan kepada mereka.

Berkata syaikhul islam lagi ;

“Asas kepada cinta ialah mengenali Allah S.W.T, ianya berkait dengan dua perkara.
Pertama ; dipanggil sebagai cinta umum kerana ihsanNya (kebaikan / terlalu baik) kepada hambaNya,cinta ini tidak diingkari oleh sesiapapun, kerana hati akan terdorong untuk mencintai kepada sesiapa yang baik kepada mereka serta benci kepada sesiapa yang jahat kepada mereka.
Allah S.WT ialah yang memberikan nikmat, terlalu baik ( ihsan ) kepada hambaNya, sungguh Dialah yang memberikan segala nikmat sekalipun melalui perantaraan, Dia yang memudahkan urusan perantara itu, Dia yang menjadikan sebab adanya nikmat itu, orang yang tidak mengetahui hakikat ini akan cinta pada perantaraanNya sahaja.

Kedua ; cinta khusus iaitu cinta kepada apa yang ada pada Dia dan daripada Dia, termasuk segala sifatNya, nama-namaNya, segala perbuatanNya, kerana seseorang itu tahu segala nikmat itu adalah kurnianNya dan musibah itu adalah keadilan dan kebijaksanaanNya. Maka Dia berhak dipuji dalam apa keadaan sekalipun. Bagi mereka yang memahami ini, mereka akan rindu mahu melihat wajahNya yang mulia, mereka seronok mengingatiNya dan bermunajat ( berbual ) denganNya”.


( قَالُوا وَمَا الْمُفْرِدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الْمُسْتَهْتَرُونَ فِي ذِكْرِ اللَّهِ ، يَضَعُ الذِّكْرُ عَنْهُمْ أَثْقَالَهُمْ ، فَيَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِفَافًا ) رواه الترمذي وقال : حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ " . 

(رواه مسلم والترمذي وغيرهما

"Orang-orang yang memencil dari manusia telah mendahului (dalam beribadah), para sahabat bertanya: Siapakah orang yang memencil dari manusia wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Yaitu orang-orang yang memperbanyak dan selalu berdzikir kepada Allah, dzikir tersebut menghilangkan dosa-dosanya sehingga mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dalam keadaan ringan"



" مجموع الفتاوى " ( 10 / 84 ) .





Bagi mereka yang cinta kepada Allah setelah menyedari bahawa yang paling patut untuk mereka cinta ialah Allah S.W.T kerana kemuliaan dan kesempurnaanNya, maka mereka akan mahu untuk mendekatiNya, rindu untuk melihatNya, rindu untuk bertemu denganNya, berusaha untuk mendapatkan keredaanNya, berusaha untuk mencapai kasih sayangNya.
Semua itu akan terlaksana ketika sesorang itu masuk ke syurga, iaitu tempat keredaanNya, disana mereka akan bertemu dan melihat Allah S.W.T, berjumpa secara berdepan dengan Penciptanya, Tuhan mereka yang selama ini disembah.
Itulah penghabisan nikmat yang di impikan oleh setiap mereka yang mengenali Allah S.W.T, di dalam syurga yang penuh kenikmatan abadi di sisi Pencipta mereka.

 ( وَعَدَ اللّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ) التوبة/72 .

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar."

No comments: