PEMBAHAGIAN
KUFUR
1. KUFUR AKBAR ( BESAR )
1. KUFUR AKBAR ( BESAR )
Kufur akbar ialah yang menafikan keimanan seseorang,
mengeluarkan dia dari islam, kekal di dalam neraka, tidak layak menerima
syafaat.
Kufur akbar boleh berlaku pada keyakinan, perkataan dan
perbuatan.
Contohnya ;
ragu-ragu, meninggalkan seluruh ibadah, melawan serta merendah-rendahkan islam
Kufur akbar
terbahagi 5 :
- Kufur kerana mendustakan.
Iaitu keyakinan
bahawa rasul adalah pendusta. Sesiapa yang mendustakakan kerasulan dan risalah
secara zahir atau batin maka dia telah kafir.
وَمَنْ
أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِالْحَقِّ لَما
جَاءَهُ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْكَافِرِينَ [العنكبوت:68].
“Dan
tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara
yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu
disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam
disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?”
2.Kufur kerana
enggan dan sombong.
Iaitu dia
tahu akan kebenaran para rasul, tetapi dia enggan dan sombong terhadap arahan.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا
إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ [البقرة:34].
“Dan
(ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat)
kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan
Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir”.
3. kufur disebabkan ragu-ragu.
Iaitu tidak
yakin dengan kebenaran rasul.
وَدَخَلَ
جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَذِهِ
أَبَدًا وَمَا أَظُنُّ الساعَةَ قَائِمَةً وَلَئِنْ رُدِدْتُ إِلَى رَبِّي
لأجِدَنَّ خَيْرًا مِنْهَا مُنْقَلَبًا قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ
أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ سَواكَ
رَجُلًا لَكِنا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا [الكهف:
35-38].
“Dan ia pun
masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada
dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak
fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.
Dan aku
tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada
Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali
yang lebih baik daripada ini.
berkatalah
rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur
ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air
benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
Tetapi aku
sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan
aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku”.
4. Kufur kerana berpaling.
Iaitu dia
berpaling terhadap agama dengan hatinya, pendengarannya dan ilmunya.
وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَما أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ [الأحقاف:
3].
“dan
orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada
mereka mengenainya”.
5. Kufur disebabkan kemunafikan.
Iaitu munafik
pada pegangan hatinya dengan menzahirkan iman dan menyembunyikan kekufuran.
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ
عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَفْقَهُونَ [المنافقون:3]. (9)
“(Perbuatan
buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang
Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu
dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana
benar dan yang mana salah)”
2. KUFUR ASGHAR ( KECIL )
Kufur kecil tidak mengeluarkan seseorang dari agama. Iaitu
melakukan perkara-perkara yang tidak menafikan asas / aslu iman, hanya
melemahkan dan mengurangkan keimanan. Sesetengah ulama menggelarkan sebagai kufur yang bukan
kufur.
Kufur ini tidak jadikan seseorang itu kekal dalam
neraka, boleh mendapat syafaat Nabi S.A.W .
Diantara
contoh kufur asghar ialah ;
1. kufur
nikmat.
Contohnya ialah
menyatakan nikmat itu datang dari seseorang, dilidahnya tetapi bukan keyakinan
hatinya.
يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ اللّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا
وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ [النحل:83]
“Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar”.
2. Menamakan
seseorang dengan Abd Haris, Abd Rasul dan lain-lain.
3. Kufurkan
suami
((أريت النار؛ فإذا أكثر أهلها
النساء، يكفرن)) قيل: أيكفرن بالله. قال: ((يكفرن العشير، ويكفرن
الإحسان؛ لو أحسنت إلى إحداهن الدهر ثم رأت منك شيئاً، قالت: ما رأيت خيراً قط)) (1) .
“adakah
engkau lihat neraka? Maka kebanyakkan penghuninya ialah wanita yang kufur. Ditanya
kepada baginda ; adakah mereka kufurkan Allah? bersabda Nabi ; mereka kufurkan suami
dan kebaikan, jika engkau berbuat kebaikan kepada mereka sepanjang waktu
kemudian mereka melihatmu ada sesuatu ( kejahatan ) katanya ; aku tidak pernah
lihat kebaikan engkau lansung”.
4. Bersumpah
selain nama Allah.
Nabi
bersabda ;
((من حلف
بغير الله فقد كفر، أو أشرك)) (2) .
“sesiapa yang bersumpah diatas nama selain nama Allah dia telah kafir atau syirik”.
“sesiapa yang bersumpah diatas nama selain nama Allah dia telah kafir atau syirik”.
Ijmak ahlu sunnah wal jamaah bahawa sumpah tersebut tidak menjadikan seseorang itu kufur atau syirik yang mengeluarkannya dari islam selagi dia tidak mengagungkan makhluk sepertimana mengagungkan Allah.
5. Membunuh
orang islam. Nabi S.A.W bersabda ;
((سباب المسلم
فسوق، وقتاله كفر)) (3) .
“mencela orang islam adalah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekafiran”
“mencela orang islam adalah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekafiran”
((لا ترجعوا بعدي كفاراً؛ يضرب
بعضكم رقاب بعض)) (4) .
“janganlah kamu kembali selepasku menjadi kafir, berbunuhan sesama kamu”
“janganlah kamu kembali selepasku menjadi kafir, berbunuhan sesama kamu”
Kufur yang
disebutkan oleh Nabi itu bukanlah kufur yang mengeluarkan seseorang daripada
islam. Ini adalah ijma kaum muslimin. Ayat ini menjelaskan perkara tersebut ;
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا [الحجرات:9]
“Dan jika
dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara
keduanya”
Dan beberapa jenis
amalan lain yang tidak disebutkan di sini. Jika ada nas mengatakan kufur, dan
selagi ianya tidak mencapai kekufuran akbar atau syirik akbar atau nifak akbar
atau fasik akbar atau zalim akbar maka ianya adalah bahagian kufur asghar.
No comments:
Post a Comment