SYUBHAH PAK KALAM
Selepas solat
asar berjemaah Pak Kalam bersandar di tiang Masjid sambil menghabiskan
sisa-sisa wirid tok solehin yang dia amalkan sejak muda.
Di mihrab siak
yang dipanggil Pak Wahab tengah melipat sejadah sambil menjeling dan
geleng-geleng kepala pada Pak Kalam.
“kalam! Aku tengok
sejak engko belajar di rumah imam Man ni, engko pun sama macam dia sembahyang
tak sapu muka dah.” Kata pak Kalam.
Pak Wahab berdehem saja, malas nak layan
pak kalam.
“tak patut
sungguh imam Man tu kata Allah ada muka” pak kalam sengaja nak menghangatkan
petang yang memang sudah sedia panas terik sejak tengahari.
Pak wahab
pura-pura tak dengar sambil dilipatnya sejadah tok imam menyudahkan rutin
solatnya.
“tak patut
imam Man tu kata Allah ada muka, macam manusia pulak dah” ulang pak kalam
memancing perbualan.
“yang aku
hairan tu, ada pulak yang percaya pada dakwaan imam Man tu”
Kali ini pak
wahab terpaksa juga mulakan silat setelah sindiran tepat pak kalam terhadapnya.
‘’bukan imam
Man yang kata begitu, Nabi yang kata, Allah yang kata’’. Bunga silat pertama
dari pak wahab.
“aku tahu
memang ada ayat sebut begitu, tapi tak boleh kita nak pakai makna macam tu”. Pak
kalam tangkis.
(pak wahab) “habis
tu engko tak bacalah ayat tu kalau jumpa engko terus langkaulah ye?”
(pak kalam) “bacalah
juga mana boleh langkau-langkau, tapi kena takwillah makna dia”
(pak wahab) “engko
takwil makna apa? Pahala? Zat? Ke apa?”
(pak kalam) “wajah
tu makna dia pahala, kekal pahala tuhanmu yang maha Tinggi dan Mulia’’
(pak wahab) “kenapa
perlu takwil-takwil, Nabi tak pernah terangkanpun mesti takwil pada wajah
kepada pahala, pandai-pandai engko je”
(pak kalam) “mesti
kena takwil, nanti orang keliru, kata Allah ada anggota badan, laisa kamislihi
syaiuun”.
(pak wahab) “
engko kenal juki anak pak kasim.”
(pak kalam) “aik,
nak ubah tajuk pulak”
(pak wahab) ‘’apa
nak ubahnya, engko kenal tak?”
(pak kalam) “kenal
sangatlah budak tangan panjang, muka tembok tu, habis semua harta benda orang
nak dikebasnya, bila kena tangkap buat selamba je, jenis muka tebal tak malu. Kenapa
engko tanya dia? Dia belajar juga ke dengan imam Man?”.
(pak wahab) “cuba
engko bagitau aku, muka dia putih ke, bulat ke, berjerawat ke, ayu ke, bermisai
ke, berjanggut ke boleh tak?”
(pak kalam) “boleh
je kalau nak sebut, lain macam je soalan engko ni pak wahab!”
(pak wahab) “sekarang
ni cuba engko bagitau macamana bentuk tangan panjang juki? Bentuk muka tembok
juki?..putih ke muka tembok juki tu, bulat ke, berjerawat ke, apa-apa ke?”
(pak kalam) “ kalau nak rupakan muka juki aku boleh
sebut, tapi muka tembok pada juki mana boleh aku nak gambarkan sebab itu sifat
yang ada pada juki, kita faham saja makna dia, dia ni suka mencuri dan tak
pemalu orangnya, itulah yang boleh kita faham, muka juki kita boleh rupakan,
sifat muka tembok tak pemalu juki kita hanya faham je”
(pak wahab) “itu
pada juki, ada muka juki betul yang kita boleh gambarkan, ada sifat muka tembok
juki yang hanya kita faham je maknanya”.
(pak kalam) “apa
kaitannya?”
(pak wahab) “
gitulah pada Allah, wajah yang Dia sebut tu adalah sifat je, kita tak dapat
gambarkan dalam kepala kita, sebab wajah yang Dia sebut itu adalah sifat Dia. Pada
jukipun engko tak dapat gambarkan rupa bentuk sifat muka tembok, sifat panjang
tangan juki. Jadi pada Allah begitu juga, tak perlu susah payah engko nak
takwil-takwil, buat abis liur engko je. Terima ayat tu macam yang Dia sebut,
kemudian percaya dalam hati itu adalah sifat Dia, kan selamat. Lagipun kalau
engko takwil macam-macam sebab takut orang nanti serupakan Allah dengan
makhluk, kalau takwil engko tu tak tepat amacam? Berani tanggung ke?.
Pak kalam tidak
mampu berkalam ,diam tunduk, nampak kelat diwajahnya……
No comments:
Post a Comment