Ayat-ayat
mutasyaabihat dan ayat-ayat muhkamat
Allah S.W.T berfirman ;
Dia lah yang menurunkan kepadamu
(wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah
ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta
jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.
Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang
samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang
berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada
dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa
yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya
(memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang
mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan
orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi
Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan
orang-orang yang berfikiran.
(A-li'Imraan 3:7)
Ayat muhkamat
Dimaksudkan dengan muhkam (jelas) di
sini ialah erti ayat itu jelas dan terang, tiada kesamaran padanya.
Contohnya
ialah:
Firman
Allah Ta‘ala (al-Hujurat 49:13) Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya
Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenali.
Ayat mutasyabihat
Yang dimaksudkan
dengan mutasyabih (samar) di sini ialah erti ayat itu tersembunyi dan
mempunyai kemungkinan.
Firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5:64)
Maksudnya:
Tetapi
kedua-dua tangan Allah terbuka.
Mungkin ada orang yang salah faham bahawa Allah
Ta‘ala mempunyai dua tangan seperti tangan makhluk-makhlukNya.
Sebahagian dari perbezaan pandangan dalam tauhid
asma wa sifat antara manhaj salaf dan manhaj-manhaj lain ialah berkaitan dengan
takwil ayat-ayat sifat.
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
Tauhid asma wa sifat = berkaitan nama-nama Allah
dan sifat-sifat.
Manhaj salaf= cara / metode salafussoleh dalam
tauhid.
Takwil = paling makna.
Ayat sifat = ayat yang berkaitan segala nama dan
sifat Allah dalam quran dan hadis.
Takwilan akan digunakan pada memahami ayat-ayat
mutasyabihat, (jika betul)
tidak pada ayat muhkam.
tidak pada ayat muhkam.
Takwilan = paling dari makna sebenar.
Ayat mutasyabihat = ayat kesamaran makna
Ayat muhkam = ayat terang makna
-------------------------------------------------------------------------
Contoh ayat muhkamat ;
Firman Allah Ta‘ala ( al-Maidah 5:3) -
Maksudnya: Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging
haiwan yang disembelih atas nama selain Allah.
Contoh ayat mutasyaabihat
Allah Ta‘ala ialah firman Allah Ta‘ala ( al-Nisa’
4:79) Maksudnya: Apa sahaja nikmat
yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpamu
maka dari kesalahan dirimu.
Di dalam ayat lain Allah Ta‘ala berfirman
(al-Nisa’ 4:78) - Maksudnya: Dan jika mereka memperoleh kebaikan mereka
mengatakan "Ini adalah dari sisi Allah." dan kalau mereka ditimpa
sesuatu bencana mereka mengatakan "Ini datangnya dari sisi kamu."
katakanlah "Semuanya datang dari sisi Allah"
Mungkin ada orang yang salah faham bahawa
al-Quran bercanggahan dan saling membatalkan antara satu sama lain setelah
membaca kedua-dua ayat tadi.
Contoh lain ayat mutasyaabihat
Firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5:64) -
Maksudnya:Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.
Mungkin ada orang yang salah faham bahawa Allah
Ta‘ala mempunyai dua tangan seperti tangan makhluk-makhlukNya.
Perbezaan pandangan dalam mememahami maksud
mutasyabihat itu mendorong kepada perbezaan dalam menakwilkan sesetengah ayat
sifat.
contoh ; si A mengatakan ayat ini adalah ayat mutasyabih maka si A akan takwil.
Si B mengatakan ayat yang sama sebagai ayat muhkam maka si B tidak mentakwilkannya.
Jadi punca masalah ialah adakah ayat itu muhkam
atau mutasyabih.
Jika si A mentakwilkan ayat tersebut, sudah pasti si B akan menyalahkan si A, kerana berbeza pada pangkal masalah.
Jika si A mentakwilkan ayat tersebut, sudah pasti si B akan menyalahkan si A, kerana berbeza pada pangkal masalah.
Sebagai contoh ; orang kampung berbalah untuk
kebumi mayat ketua kampung setelah mereka sepakat bahawa ketua kampung sudah
disahkan mati. Jika belum disahkan mati, berbalah nak kebumi di mana, itu
adalah kebodohan.
Jadinya…
Untuk memahami kesalahan dalam takwil oleh
sesetengah manhaj, perlu diketahui dahulu perbezaan mereka dalam masalah
satu-satu ayat itu, mutasyabih atau bukan?.
Contoh ayat mutasyabihat diluar bab asma dan
sifat
firman Allah Ta‘ala (Yunus 10:94)
Maksudnya: Maka
jika kamu berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka
tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya
telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu
termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
Mungkin ada orang yang salah faham bahawa
Rasulullah s.a.w. meragui wahyu yang turun kepadanya.
Hikmah
Wujudnya Muhkam Dan Mutasyabih
Dalam Al-Quran
Dalam Al-Quran
Sekiranya seluruh al-Quran adalah muhkam,
tiadalah hikmah dalam menjadikannya ujian terhadap kepercayaan dan amalan
manusia kerana pengertiannya jelas dan tidak wujud peluang untuk
menyelewengkannya atau berpaut kepada kesamarannya untuk menimbulkan fitnah dan
mentakwilnya (memberi erti salah).
Sekiranya seluruh al-Quran
adalah mutasyabih, hilanglah peranannya sebagai penjelas dan petunjuk
kepada manusia. Al-Quran juga tidak dapat diamalkan dan tidak dapat membina
aqidah yang tepat. Pastinya Allah Ta‘ala mempunyai hikmah tersendiri dalam
menjadikan sebahagian al-Quran muhkam yang menjadi rujukan apabila
wujud kesamaran, dan sebahagiannya mutasyabih sebagai ujian terhadap
hamba-hambaNya untuk membezakan orang yang benar-benar beriman daripada orang
yang hatinya sesat.
Kesimpulan
- Punca ‘takwil’ ialah ayat mutasyaabih.
- Berbeza pandangan pada Ayat-ayat sifat.
- Takwil jika mereka kata ayat mutasyaabih
- Ayat mutasyaabih adalah ujian keimanan
- Takwil yang salah adalah terlalu bahaya
- Ayat mutasyabih sedikit berbanding muhkam
- Orang berilmu patuh kepada semua ayat
Selesai
No comments:
Post a Comment