KEDUDUKAN TAUHID ULUHIAH
Tauhid Uluhiah ialah mengesakan Allah S.W.T dengan beribadah dalam semua
jenis ibadah. Membenarkan akan ucapan syahadah “tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan Allah” dan tidak sah perkara ini kecuali dengan mengikuti cara Nabi
s.a.w.
Ahlu sunnah wal jamaah berpegang bahawa permulaan yang wajib ialah ucapan
syahadatain sebagaimana yang dinuqilkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiah ;
“sesungguhnya para salaf dan para imam mazhab bersepakat bahawa perkara
pertama yang disuruh kepada hamba ialah syhadatain, mereka juga bersepakat
bahawa sesiapa yang ucapkan syahadatain sebelum baligh tidak lagi disuruh
memperbaharui ucapan itu apabila baligh” ( dar'uu taarudd aql wa naql 8/11 )
Dalil-dalil bahawa perkara wajib pertama ialah beribadah kepada Allah
dengan apa yang disyariatkanNya ;
Dalil ( 1 )
: وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ
الطَّاغُوتَ [النحل: 36]
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus
dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya
menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut"(Al-Nahl 16:36)
: وَمَا أَرْسَلْنَا
مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا
فَاعْبُدُونِ [الأنبياء: 25]
"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai
Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya:
"Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku;
oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".(Al-Anbiyaa' 21:25)
Dua perkara perlu diingat ;
Pertama, asal keturunan Nabi Adam a.s telah bertauhid selama 10 kurun
antara Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh a.s, kemudian barulah berlaku kesyirikkan.
Kedua, kesyirikan pertama berlaku ialah syirik pada ibadah / uluhiah bukan
pada rububiah Allah S.W.T.
Diutuskan para rasul adalah untuk dakwahkan tauhid uluhiah iaitu mengesakan
Allah S.W.T dalam segenap ibadah. Ini membuktikan perkara pertama yang
diserukan para rasul ialah tauhid ibadah.
Dalil ( 2 )
Tujuan utama penciptaan Jin dan Manusia ialah beribadah kepada Allah S.W.T
semata-mata.
وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ[الذاريات:
56]
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)
Allah S.W.T
menjelaskan tentang fitrah manusia mengakui bahawa hanya Dia sebagai Pencipta,
maka Dia mengarahkan setelah itu menyembahNya semata-mata.
Dalil ( 3 )
Perkataan Nabi s.a.w ketika mengutus Muaz r.a ke Yaman ;
((فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن
لا إله إلا الله وأني رسول الله))
h.r bukhari 1458
“Jadikan perkara pertama yang engkau
serukan mereka ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali
Allah dan bahwa aku ialah pesuruh Allah”
((أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأني
رسول الله))
h.r bukhari 25, muslim 22 4
“aku diperintahkan memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa
tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah
pesuruhNya”
Dalil ( 4 )
Ijmak ; ijmak yang dinukil oleh Ibnu Munzir, katanya ;
"telah ijmak sekelian
mereka yang aku hafal daripada ilmuan islam bahawa ; seorang kafir apabila
mengucapkan dua kalimah syahadah, mengaku semua yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w adalah benar, berlepas diri daripada agama yang bertentangan dengan islam,
dia telah baligh dan sihat akalnya ketika itu, bahawa dia telah islam.”
dar'u aql wa naql 8/7
Berkata Abu Muzaffar al Sam’ani ;
"perkataan bahawa kewajipan pertama ialah
merenung / memikir ialah perkataan bidaah, tidak diketahui dikalangan sahabat
Nabi juga tabiien. Jika perkara itu diketahui mereka nescaya sampai kepada kita
kerana mereka begitu mengambil berat perkara tersebut'.
mukhtasar kitab alintisar li ahli hadis damn sauni al mantiq 171-172
Yang diketahui bahawa perkara
pertama mereka serukan ialah syahadatain.
Berkata Ibnu Qaiyim ;
"ijmak sekelian muslimin bahawa jika seorang kafir ucapkan
syahadah maka dia telah islam, jika dia buat selain syahadah tidak diiktiraf
islamnya".mudarij assalilkin 3/421
Perlu juga diketahui ialah, syahadah mengandungi pengakuan seseorang
terhadap Allah S.W.T dan rasulNya, setiap yang mengakui uluhiahNya telahpun
mengakui rububiahNya terlebih dahulu. Jika berlaku penyimpangan dalam fitrahnya
maka ketika itu wajiblah dia mulakan dengan merenung / memikirkan ( nazhar ),
kerana ianya menjadi wasilah kepada pengakuan uluhiah Allah S.W.T, maka
kewajipan ini disebut kewajipan perantaraan yang menuju maksud utama.
Mengetahui dan percaya kewujudan Allah S.W.T semata-mata tidak cukup untuk
jadikan seseorang itu islam sehinggalah dia mengucapkan kalimah syahadatain.
(14)
(14)
No comments:
Post a Comment