TIDAK MENCUKUPI KEIMANAN RUBUBIAH UNTUK LEPAS DARIPADA KESYIRIKAN
Sesungguhnya tauhid rububiah adalah salah satu dari bahagian tauhid. Kerana itu tidak sah ketauhidan seseorang kecuali beriman dengan RububiahNya, tetapi tauhid rububiah bukanlah tujuan utama diutuskan para rasul a.s.
Tidak terlepas dari kesyirikan selama mana seseorang itu tidak beriman dengan kelaziman tauhid rububiah, iaitu tauhid uluhiah. Demikian yang difahami dari maksud firman Allah S.W.T.
Sesungguhnya tauhid rububiah adalah salah satu dari bahagian tauhid. Kerana itu tidak sah ketauhidan seseorang kecuali beriman dengan RububiahNya, tetapi tauhid rububiah bukanlah tujuan utama diutuskan para rasul a.s.
Tidak terlepas dari kesyirikan selama mana seseorang itu tidak beriman dengan kelaziman tauhid rububiah, iaitu tauhid uluhiah. Demikian yang difahami dari maksud firman Allah S.W.T.
وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ [يوسف: 106]
Dan (orang-orang yang
beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan
mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain
Ayat ini memberikan gambaran bahawa ramai manusia mengakui Rububiah Allah S.W.T, tetapi dalam masa yang sama mereka syirik dalam Uluhiah ataupun ibadah mereka. Ini adalah tafsiran para ulama salaf.
Ibnu Abbas r.a berkata ;
“keimanan mereka apabila ditanya kepada mereka, siapakah yang menjadikan langit? Siapakah yang menjadikan bumi? Siapakah yang menjadikan bukit? Mereka akan berkata ; Allah, tetapi mereka tetap melakukan kesyirikan dalam ibadah mereka”.
Ikrimah berkata ;
kamu tanya mereka siapa yang ciptakan mereka? Siapakah ciptakan langit dan bumi? Maka mereka akan menjawab ; Allah, demikianlah keimanan mereka terhadap Allah walhal mereka menyembah selain Allah.
Mujahid berkata ;
iman mereka ialah perkataan mereka ; Allah yang menjadikan kami, Dia memberi rezeki kepada kami, Dia yang mematikan kami, maka mereka percaya Allah dalam masa yang sama mereka beribadah kepada selain Allah.
Musyrikin Arab pada zaman Nabi S.A.W mengakui terhadap Allah sebagai Pencipta, Pemberi rezeki, Pengurus alam, kesyirikan mereka berlaku dari sudut ibadah. Mereka adakan sekutu bagi Allah dalam penyembahan, mereka berdoa kepada selain Allah, mereka meminta hajat selain daripada Allah.
Berkaitan perkara ini disebut oleh Allah di dalam al-quran.
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ [العنكبوت: 61]،
Dan sesungguhnya jika
engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh
hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ
مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ
لَا يَعْقِلُونَ[العنكبوت: 63]،
Dan sesungguhnya jika
engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
"Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya
tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad):
"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang
demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan
pengertian syirik).
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
[الزخرف: 87]،
Dan demi sesungguhnya!
Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang
menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!".
(Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan
mengesakanNya)?
قُلْ لِمَنِ الْأَرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ
قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ
الْعَظِيمِ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ
كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ
لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ[المؤمنون: 84- 89].
Tanyakanlah (wahai
Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau
kamu mengetahui?"
Mereka akan menjawab:
"Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat
(dan insaf)?
Tanyakanlah lagi:
"Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan
Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
Mereka akan menjawab:
"(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu
bertaqwa?"
Tanyakanlah lagi:
Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat
melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi
daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
Mereka akan menjawab:
"(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian,
bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
Orang-orang musyrikin tidak berkeyakinan bahawa sembahan mereka itu yang menurunkan hujan, yang memberi rezeki, yang menguruskan alam. Bahkan mereka berkeyakinan itu semua adalah urusan Allah sahaja. Mereka juga berkeyakinan bahawa sembahan mereka itu tidak mampu lakukan itu semua melainkan hanya Rabb yang maha berkuasa di atas segalanya. Namun mereka menjadikan selain Allah sebagai perantara, mereka menyangka sembahan mereka itu boleh menolong mereka di samping Allah, mereka sembah selain Allah sebagai jalan perantara sahaja antara mereka dengan Allah. demikian dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam al-quran.
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا
إِلَى اللَّهِ زُلْفَى [الزمر: 3]
"
Kami tidak menyembah
atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah
sehampir-hampirnya"
Keyakinan terhadap Rububiah Allah sahaja belum lagi memasukkan mereka ke dalam Islam, bahkan Allah S.W.T menyebut mereka sebagai musyrikin yang kafir, dijanjikan neraka kepada mereka serta kekal di dalamnya.
Rasulullah juga menghalalkan darah dan harta mereka kerana mereka belum membenarkan Uluhiah Allah S.W.T dengan sebenar-benarnya, iaitu tauhid dalam ibadah.
Maka dengan ini ternyatalah bahawa pengakuan terhadap tauhid Rububiah semata-mata tanpa bertauhid pada Uluhiah tidak mencukupi dan belum dapat melepaskan seseorang itu dari azab Allah.
(2)
No comments:
Post a Comment