Monday, May 2, 2016

MAKNA RUBUBIAH



Kalimah Rabb ialah kalimah masdar, dan dikehendaki maknanya ialah isim fail iaitu Raabun ( arraaghib al asfahani ).   

Kalimah Rabb terbahagi tiga makna ;
1.    Pemilik 
2.    Ketua yang ditaati
3.    Pentadbir

Makna yang pertama berdasarkan hadis Nabi S.A.W  ;
فذرها حتى يلقاها ربها 
“maka biarkan sahaja (unta itu) hingga tuannya jumpa”.

Makna kedua berdasarkan hadis ;
أن تلد الأمة ربها 
“ hamba perempuan akan melahirkan tuannya”.

Makna ketiga berdasarkan perkataan ahli bahasa arab yang merujuk kepada perkataan tarbiah ( arraghib al asfahani )

No comments: