HADIS
KE 5
مَالِكٍ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ ، عَنْ عَطَاءِ
بْنِ يَسَارٍ ، وَعَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ، وَعَنِ الْأَعْرَجِ . كُلُّهُمْ يُحَدِّثُونَهُ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
- قَالَ : " مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الصُّبْحِ ، قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ
فَقَدْ أَدْرَكَ الصُّبْحَ ، وَمَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الْعَصْرِ قَبْلَ أَنْ
تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الْعَصْرَ "
MAKNA
HADIS
Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari [Zaid
bin Aslam] dari ['Atho` bin Yasar],[Busr bin Said] dan [Al A'raj], semuanya
menceritakannya dari [Abu Hurairah], Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
"Barangsiapa mendapatkan satu raka'at shalat
subuh sebelum matahari terbit, dia telah mendapatkan shalat subuh. Barangsiapa
mendapatkan satu raka'at shalat Ashar sebelum matahari terbenam maka dia telah
mendapatkan shalat ashar."
PENGENALAN PERAWI HADIS
• Ayah
Abdurrahman bin Zaid bin Aslam (w. 136 H)
• Nama
lengkapnya adalah Zaid bin Aslam al-Qarasyi al-‘Adwi.
• Nama
kuniyahnya adalah Abu Usamah.
• Beliau
budak dari Umar Abu Abdullah.
• Beliau
merupakan thabaqat yang ketiga yakni golongan pertengahan tabi’in.
• Abu
Ja’far berkata beliau wafat pada tahun 136 H pada bulan Dzulhijjah.
• Beliau
seorang ahli fiqh.
• Beliau
meriwayatkan hadis dari ayahnya (Aslam), Ibnu Umar, Abi Hurairah, Aisyah,
Jabir, Rabi’ah bin ‘Ibad al-Dili, Salamah bin al-Akwa, Basir bin Sa’id,[10]
Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah, Khalid bin Aslam (saudaranya), Abdullah bin
Umar bin Khattab, Abdullah bin Abi Qatadah, Atha’ bin Yasir, Ali bin Husain bin
Ali bin Abi Thalib, dll.
• Dan
yang meriwayatkan darinya yakni ketiga anaknya (Usamah, Abdullah, Abdurrahman),
Malik, Ibnu ‘Ajlan, Ibnu Jarij, Sulaiman bin Bilal, Muhammad bin Ja’far bin Abi
Katsir, Ma’mar, Hasyim bin Sa’id.
• Abdullah
bin Ahmad bin Hanbal, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Muhammad bin Sa’ad, dan An-Nasa’i, mereka berkata beliau tsiqah.
• Ya’qub
bin Syaibah berkata beliau tsiqah, ahli fiqh dan ilmu. Yahya bin Ma’in berkata
beliau shaduq.
• Al-‘Ajali
berkata beliau orang Kuffah tsiqah.
FAEDAH
HADIS
1. Pengertian
mendapatkan waktu, bukan mendapatkan solat hanya dengan satu rakaat sahaja.
2. Ijma
muslimin berkaitan mendapatkan waktu jika dapat satu rakaat solat di dalam
waktu itu.
3. Bukan
difahami zahirnya dapat satu rakaat ( solat serakaat sahaja).
4. Bukan
difahami zahirnya hadis, boleh dilewatkan dengan sengaja hingga ke saat akhir
waktu.
5. Solat
munafik selalu dilewatkan berdasarkan hadis ;
عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ - عَلَيْهِ السَّلَامُ
- أَنَّهُ قَالَ فِي الَّذِي يُؤَخِّرُ صَلَاةَ الْعَصْرِ حَتَّى تَصْفَرَّ الشَّمْسُ
وَتَكُونُ بَيْنَ قَرْنَيِ الشَّيْطَانِ : " أَنَّهَا صَلَاةُ الْمُنَافِقِينَ " .
6. Hadis
ini bukan menunjukkan boleh melewatkan solat dengan sengaja, tetapi untuk yang
darurat umpama orang baru sedar dari mabuk, haid yang baru suci, orang baru
masuk islam.
7. Ijma
muslimin di atas sesiapa yang uzur pada meninggalkan solat hingga ke waktu ini,
kemudian dia mampu menunaikan solat, maka wajib dia solat jika waktu masih
berbaki untuk serakaat dalam waktu itu.
8. Tidak
perlu diulangi solatnya, jika seseorang itu solat diwaktu ini.
9. Menurut
as Syafie jika seseorang keluar untuk musafir selepas masuk waktu maka mesti
tamamkan solat itu.
Begitu juga jika tiba musafir di dalam waktu maka
hendaklah tamamkan solat kerana telah hilang illah musafir.
10. Khilaf
fuqaha berkaitan solat orang haid dan yang sedar dari mabuk ;
Berkata as Syafi’e ; jika suci perempuan haid
sebelum tenggelam matahari dengan kadar serakaat, hendaklah dia ulang solat
zohor dan asar, begitu juga jika suci ia sebelum fajar kadar serakaat hendaklah
dia ulangi solat maghrib dan isyak. As Syafi’e berhujjahkan hadis ini.
[
ص: 226 ] 310 - واحتج بقول النبي - عليه السلام - "
من أدرك ركعة من الصبح قبل أن تطلع الشمس فقد أدرك الصبح ، ومن أدرك ركعة من العصر
قبل أن تغرب الشمس فقد أدرك العصر " ولجمعه - عليه السلام - بين الصلاتين في أسفاره
، وبعرفة والمزدلفة في وقت إحداهما - صلاتي الليل وصلاتي النهار - وجعل الوقت لهما
معا وقتا واحدا .
11. As
Syafi’e berpendapat bagi yang mabuk kerana maksiat ( sengaja ) ; mesti qada
semua solat yang tertinggal semasa mabuk.
12. Sesiapa
yang tidak mendapatkan serakaat sempurna bagi solat jumaat maka perlu teruskan
solat zohor.
13. Pendapat
yang benar bagi orang yang sedar dari mabuk, gila, pitam, koma dll; tidak perlu
qada solat ketika mabuk tersebut (kecuali solat dalam waktu setelah dia sedar).
Ini adalah pendapat ibnu syihab, alhasan, ibnu sirin, rabiah, malik,
syafi’e,abi thur.
14. Berkata
as Syafi’e dan ibnu aliyah ; jika perempuan haid diawal waktu zohor dengan
kadar ia boleh solat zohor tetapi dia belum lagi tunaikan solat itu, maka
mestilah qada zohor itu, kerana solat diwajibkan setelah masuknya waktu. Tetapi
jika berlalu waktu kadar serakaat atau lebih ( bukan empat rakaat) tidak wajib
qada. (berbeza dengan waktu akhir)
15. Berkata
malik, thauri, as syafie, al auzai’e iaitu perkataan umum para ulama daripada
ahli hadis dan fukaha ; sesiapa yang tidur atau lupa atau terluput kemudian dia
teringat ketika terbit matahari, atau lainnya maka hendaklah dia solat
(sekalipun diwaktu tahrim) apabila dia teringatkan berdasarkan hadis ;
وقوله - عليه السلام - " من نام عن صلاة أو نسيها
فليصلها إذا ذكرها " .
2 comments:
Alhamdulillah selesai bhgn pertama
Alhamdulillah selesai bhgn pertama
Post a Comment