Thursday, May 12, 2016

TAKRIF KUFUR

TAKRIF KUFUR

Kufur pada bahasa ialah tutupan dan selubung.
Seperti yang disebutkan di dalam hadis Nabi S.A.W ;

 ((لا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ))  (2)  


“Janganlah kamu kembali sesudahku kufur, memukul tengkuk sebahagian kamu akan yang lainnya”(1)

Sesetengah ulama hadis berpendapat kufur yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah menutup atau selubung dengan senjata untuk berperang sesama sendiri.

Berkata al Azhari ; telah berkata al Lais ; dinamakan si kafir dengan kafir kerana kekufuran telah menyelubungi seluruh hatinya.(2)

kufur pada syarak ialah lawan kepada iman, ianya berlaku pada perkataan, amalan, i’tikad dan meninggalkan sesuatu sepertimana bahawa iman itu ialah perkataan, amalan dan i’tikad. Ini yang disepakati oleh ahlu sunnah wal jamaah.

Syaikhul islam berkata ; kufur ialah tidak percaya kepada Allah S.WT dan rasulNya, samada berlaku pendustaan atau tidak, bahkan ragu-ragu atau menolak disebabkan hasad atau takbur atau ikut-ikutan hawa nafsu terhadap risalah.(3)

Ibnu Hazm berkata ; kufur dalam agama ialah satu sifat orang yang menolak dengan sengaja terhadap apa yang diwajibkan oleh Allah S.W.T selepas didirikan hujjah kepadanya, setelah sampai kebenaran kepadanya dengan hatinya tanpa akuan lidahnya atau dengan akuan lidahnya tanpa hatinya atau kedua-duanya sekali, ataupun satu perbuatan yang telah ada nas yang mengeluarkannya dari daerah iman.(4)

Berkata al Barbahari ; tidak keluar seseorangpun dari ahli kiblah daripada islam sehinggalah adanya dalil dari kitabullah atau athar Nabi S.A.W atau dia menyembelih bagi selain Allah, atau solat untuk selain Allah. Maka apabila dia melakukan sesuatu dari yang tersebut, semestinya engkau mengeluarkannya dari islam.(5)

Berkata Ibnu Qaiyim ; dan demikian cabang kekufuran pada perkataan dan perbuatan, sepertimana terjadinya kufur disebabkan  berkata dengan kalimah kufur secara sengaja, begitu juga kufur dengan sebab melakukan satu perbuatan dari cabang-cabang kekufuran seperti sujud kepada berhala atau mempermainkan al-quran.(6)
 (13) 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



(1) hadis riwayat Bukhari dan Muslim
(2) lisanul arab 5/145
(3) majmuk fatawa 12/335
(4) al ahkam fi usul al ahkam 1/49
(5) syarhu sunnah 81
(6) assolah wa hukmu taarikuha 45

1 comment:

kamariah said...

Beza antara kafir & kufur