CARA MUDAH UNTUK DAPATKAN PAHALA KHUSYUK DALAM SOLAT
Allah S.W.T memberi
jaminan kepada mereka yang khusyuk dalam solat akan kejayaan. Kejayaan di dunia
dan di akhirat berdasarkan kadar khusyuk seseorang itu didalam solat.
Allah berfirman :
قد أفلح المؤمنون* الذين هم في
صلاتهم خاشعون) [المؤمنون: 1-2]
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya”.
Begitu juga pahala yang diberikan berdasarkan sejauh mana pemikiran seseorang itu ketika solat.
Nabi S.A.W bersabda ;
فقد روى أبو داود في سننه عن عمار
بن ياسر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "إن الرجل لينصرف من صلاته ولم
يكتب له منها إلا نصفها إلا ثلثها إلا ربعها إلا خمسها إلا سدسها، حتى قال: إلا
عشرها" وقال ابن عباس: (ليس لك من صلاتك إلا ما عقلت منها)
“Sesungguhnya seorang lelaki yang beredar selepas solatnya, tidak ditulis untuknya kecuali setengahnya, satu pertiganya, satu perempatnya, ssatu perlimanya, satu perenamnya hingga katanya sepersepuluhnya”.
h.r Abu Daud di dalam sunannya.
Ibnu Abbas berkata : tiadalah engkau daripada solat engkau kecuali apa yang engkau fikirkan.
Diantara cara untuk
mendapatkan pahala khusyuk dengan mudah ialah mengingati kematian di dalam
solat sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W :
اذكر الموت في صلاتك، فإن الرجل
إذا ذكر الموت في صلاته لحري أن يحسن صلاته.
أخرجه البيهقيفي
كتاب الزهد الكبير وصاحب كنز العمال، وحسنه الشيخ الألباني في
السلسلة الصحيحية وفي صحيح الجامع
“Ingatlah kematian di dalam solat
engkau, kerana seseorang yang mengingati kematian di dalam solatnya akan menyebabkan dia
bersungguh-sungguh untuk memperelokkan solatnya”.
Hadis dikeluarkan oleh al Baihaqi di dalam kitab zuhud al kabir di hasankan oleh al albani
Begitu juga Nabi pernah diminta ajarkan oleh seorang lelaki satu perkara yang ringkas, Nabi S.A.W bersabda :
يا رسول الله علمني وأوجز، قال: إذا قمت في صلاتك فصل صلاة مودع، ولا تكلم بكلام تعتذر منه،
وأجمع اليأس عما في أيدي الناس. صححه الشيخ الألباني في صحيح الجامع الصغير.
“Apabila engkau solat maka solatlah seperti solat perpisahan (solat terakhir)..
Sunan ibnu majah di hasankan oleh al Albani.
Untuk menghadirkan kebesaran Allah S.W.T di dalam solat kita, mungkin sesuatu yang agak susah, kerana perkara ghaib payah kita nak gambarkan. Maka paling mudah untuk dapatkan pahala khusyuk ialah memikirkan kematian di dalam solat kita. Kematian adalah perkara berlaku setiap hari di hadapan kita. Mudah untuk kita bayangkan dalam pemikiran kita berbanding perkara ghaib yang lain, lebih-lebih lagi nak rasakan kebesaran Allah S.W.T, kerana memang kita tidak mampu untuk bayangkan kebesarannya.

No comments:
Post a Comment