TAKRIF TAUHID ASMA (NAMA-NAMA) DAN SIFAT
Tauhid asma dan
sifat :
Iaitu mengesakan Allah S.WT dengan nama-namaNya yang terbaik
dan sifat-sifatNya yang maha tinggi yang ada dalam al-quran dan as sunnah serta
beriman dengan segala maknanya dan segala hukumnya.
KETERANGAN ;
- (mengesakan Allah)
Ialah berkeyakinan
bahawa hanya Dialah yang satu, tiada duanya. Tiada yang menyamaiNya apalagi
mengatasiNya.
Firman Allah ;
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
“Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa”
2. (nama-namaNya
yang tercantik)
Nama ialah sesuatu
kalimah yang menunjukkan kepada Zat.
Contohnya ;
الله
– الرحمن – الرحيم – الغفور – العزيز – القدير – السميع – البصير – البارئ
Tercantik ialah
sifat bagi segala nama yang disebut dalam nas.
وَللهِ
الأَسْمَاءُ الحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ
سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan Allah
mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang
berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan”.
3. (terbaik / tercantik / terelok)
Ialah paling baik,
paling elok, paling cantik, paling sempurna tiada yang dapat mengatasi.
4. (segala sifat)
Sifat ialah sesuatu
makna yang ada bersama Zat, membezakan antara yang lain-lainnya, samada pada
Zat atau perbuatan atau maknawi.
Contoh ;
الذاتية:
اليدان – الوجه – العينان – الأصابع.
المعنوية:
العلم – القدرة – الحياة - الإرادة.
الفعلية:
النزول – الاستواء – الخلق – الرزق.
5. (Maha tinggi)
Tertinggi tiada
yang mengatasiNya pada apapun keadaan.
Firman Allah S.W.T
;
لِلَّذِينَ
لَا يُؤْمِنُونَ بِالآَخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ وَللهِ المَثَلُ الأَعْلَى وَهُوَ العَزِيزُ
الحَكِيمُ
“Bagi
mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah
jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana”. Annahl 60
6. ( dalam al quran dan hadis)
Hanya diambil dari
kedua-dua sumber ini sahaja untuk menetapkan segala namaNya dan segala sifatNya.
Firman Allah S.W.T
;
لَا
تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤَادَ كُلُّ
أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
‘Dan janganlah
engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu
tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
(Al-Israa' 17:36)
Imam Ahmad bin
Hanbal (241) berkata ;
“tidak
boleh memberi sifat kecuali apa yang Dia sendiri sifatkan, atau yang disifatkan
oleh Rasulullah S.A.W, tidak boleh kita melampaui al quran dan as sunnah.” (fatawa alhamawiah m/s 61)
7. (beriman dengan makna
dan hukumnya)
Iaitu beriman
dengan apa yang terkandung di dalam perbahasannya, termasuk segala makna dan
segala hukumnya.
Firman
Allah S.W.T ;
وَللهِ الأَسْمَاءُ الحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا
Dan
Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, (Al-A'raaf 7:180)
Arahan Allah S.W.T
supaya berdoa dengan menggunakan NamaNya adalah memberi pengertian ilmu dan
mengamalkan di dalam kehidupan.
Contohnya ; Sami’
maknanya Allah itu mendengar, maka kita wajib mengetahui perkara itu, lalu
sebagai penghayatannya ialah kita akan sentiasa berhati-hati ketika
berkata-kata.
No comments:
Post a Comment