AKIDAH
AHLU SUNNAH WALJAMAAH
DALAM
ASMA ALLAH DAN SIFAT ALLAH
SECARA
UMUM
Ahlu sunnah wal jamaah ;
Mengenali Tuhan mereka dengan sifat-sifatNya yang
terdapat dalam al-quran dan sunnah, mereka mensifatkan Tuhan mereka dengan segala
sifat yang Tuhan sendiri sifatkan bagi diriNya, dan dengan segala sifat yang
disifatkan oleh Nabi s.a.w tanpa mengubah makna, tidak ingkarkan nama Tuhan dan
ayatNya.
Mereka menetapkan bagi Allah dengan apa yang
ditetapkan sendiri oleh Allah tanpa menyerupakan, tanpa mengkaifiatkan, tanpa
mengosongkan sifat dari makna. Kaedah mereka dalam asma dan sifat adalah
berdasarkan ayat ;
: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ [الشورى:11]
Tiada sesuatupun
yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah
Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
وَلِلَّهِ
الأسماء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ
سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [الأعراف:180]
Dan Allah
mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang
berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
Ahlu sunnah wal jamaah ;
Tidak mengkaifiatkan (bincang cara) segala sifat
Allah S.W.T kerana Allah S.W.T tidak ceritakan kaifiat (cara dan keadaan sifat
secar detail), tiada sesiapa yang lebih tahu tentang Allah S.W.T selain Dia
sendiri.
Firman Allah S.W.T
: قُلْ أَأَنْتُمْ أَعْلَمُ أَمْ اللَّهُ [البقرة:140]
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah?
: فَلا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الأَمْثَالَ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ
لا تَعْلَمُونَ [النحل:74]
Oleh itu,
janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu)
sedang kamu tidak mengetahuinya.
Tiada yang lebih mengetahui tentang Allah S.W.T
lebih dari rasulNya
وَمَا
يَنْطِقُ عَنْ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى [النجم:4]
Dan ia tidak
memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Ahlu sunnah wal jamaah ;
Mereka beriman bahawa Allah S.W.T yang awal tiada
mendahuluiNya sesiapapun, Yang akhir tiada yang akhir kecuali Dia, Yang zahir,
Yang batin seperti firmanNya
هُوَ
الأَوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ [الحديد:3]
Dia lah Yang
Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Mereka menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah
S.W.T sendiri bagi DiriNya tanpa menyerupakan, membersihkan dari segala sifat
kekurangan tanpa mengabaikan sifat-sifat yang telah Dia tetapkan.
Mereka percaya bahawa Allah S.W.T istiwa tinggi
daripada arasy terpisah dari makhlukNya tanpa memberikan cara bagaimana
istiwaNya
الرَّحْمَنُ
عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [طه:5]
Iaitu (Allah)
Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
وقال:
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ [الأعراف:54]
lalu Ia bersemayam di atas Arasy;
وقال:
أَأَمِنتُم مَّنْ فِي السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ
كَيْفَ نَذِيرِ [الملك:17]
Atau patutkah
kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah di langit itu: menghantarkan kepada
kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan
mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
وقال:
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ [فاطر:10]
Kepada Allah lah
naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk
dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya
naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang
melakukannya
وقال:يَخَافُونَ
رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ [النحل:50]
Mereka takut
kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka
mengerjakan apa yang diperintahkan.
وقال
النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم: ((ألا تأمنوني وأنا أمين من في السماء؟))
"Tidakkah
kalian memberi jaminan keamanan kepadaku dan aku adalah kepercayaan (Dzat) Yang
berada di langit".
(HR.
al Bukhary dan Muslim)
Ahlu sunnah wal jamaah ;
Percaya bahawa kursi dan arsy adalah perkara
benar
وَسِعَ
كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ
الْعَظِيمُ [البقرة:255]
Luasnya Kursi
Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah
menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat
kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Arsy tidak diketahui kadarnya(ukurannya) kecuali
AllahS.W.T, dan kadar kursi dinisbahkan kepada arsy adalah seperti cincin
dicampakkan ditengah padang pasir, Allah S.W.T tidak memerlukan arsy dan kursi,
Dia tidak istiwa atas daripada arsy kerana memerlukan arsy tetapi sebagai hikmah
yang hanya diketahui olehNya. Bahkan arsy dan kursi tergantung dengan
kekuasaanNya dan perintahNya.
Allah S.W.T menjadikan Adam dengan kedua
tanganNya (BUKAN ANGGOTA TETAPI SIFAT YANG DIFAHAMI SAHAJA SEPERTI PEPATAH
SITANGAN PANJANG, SIMUKA TEMBOK IANYA ADALAH SIFAT YANG DIFAHAMI SAHAJA TIDAK
DAPAT DIGAMBARKAN APATAH LAGI DIBENTUKKAN), kedua tangan Allah adalah kanan,
kedua tanganNya terbuka.
Firman Allah S.W.T
: وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ
وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَاء [المائدة:64]
Dan orang-orang
Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)",
tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa
yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka. Ia
belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki;.
وقال:
مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ [ص:75]
Allah berfirman:
" Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang
Aku telah ciptakan dengan kedua tanganKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur,
ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "
Ahlu sunnah wal jamaah ;
Menetapkan sifat mendengar, melihat, ilmu, kuasa,
gagah, mulia, berkata-kata, hidup, kaki, betis, tangan dan lain-lain bagi Allah
S.W.T yang Dia sendiri telah tetapkan di dalam al-quran dan sunnah dengan cara
kaifiat yang hanya Dia yang mengetahui kerana Allah S.W.T tidak ceritakan
kepada kita.
Firman Allah S.W.T
] وقال: وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ [التحريم:2]
dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
وَكَلَّمَ
اللّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا [النساء:164]
Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata
(secara langsung, tidak ada perantaraan).
وَيَبْقَى
وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإِكْرَامِ [الرحمن:27]
Dan akan kekallah wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan
Kemuliaan:
رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ [البينة:8]
Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan
nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut
(melanggar perintah) Tuhannya.
يُحِبُّهُمْ
وَيُحِبُّونَهُ [المائدة:54]
Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia
فَلَمَّا
آسَفُونَا انتَقَمْنَا مِنْهُمْ [الزخرف:55]
Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan
derhaka itu), Kami menyeksa mereka,
يَوْمَ
يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلا يَسْتَطِيعُونَ [القلم:42]
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak
beriman) akan masa didedahkan betis (hari kiamat), dan mereka diseru supaya
sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -
اللّهُ
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ [البقرة:255]
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
غَضِبَ
اللَّهُ عَلَيْهِمْ [المجادلة:14]
kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan
khianatnya)
Ahlu sunnah wal jamaah ;
Mereka percaya bahawa orang beriman akan melihat
Tuhan mereka di akhirat dengan mata-mata mereka, menziarahiNya, bercakap-cakap
denganNya
: وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ [القيامة:23]
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya.
Mereka juga percaya bahawa Allah S.W.T turun ke
langit dunia pada sepertiga malam akhir sebagaimana kata Nabi s.a.w
((ينزل ربنا إلى السماء الدنيا كل ليلة حين يبقى ثلث الليل الآخر؛ فيقول:
من يدعوني فأستجيب له؟ من يسألني فأعطيه من يستغفرني فأغفر له؟))
"Rabb
kita turun ke langit dunia pada setiap malam ketika tersisa sepertiga malam
yang terakhir. Maka Dia akan berkata : 'Siapa yang akan berdoa kepada-Ku,
sehingga Aku mengabulkan doanya? Siapa yang meminta kepada-Ku sehingga Aku
memberikan permintaannya? Siapa memohon ampun kepada-Ku sehingga Aku
mengampuninya?'."
(HR.
al Bukhary dan Muslim)
Mereka juga percaya bahawa Allah S.W.T datang
pada hari kiamat nanti untuk memutuskan perhitungan antara hamba-hambanya
Firman Allah S.W.T
: كَلاَّ إِذَا دُكَّتِ الأَرْضُ دَكًّا دَكًّا وَجَاء رَبُّكَ وَالْمَلَكُ
صَفًّا صَفًّا [الفجر:21- 22]
"Jangan
(berbuat demikian). Apabila bumi digoncangkan berturut-turut, dan datanglah
Rabb-mu; sedang malaikat berbaris-baris".
(QS.
Al Fajr ayat 21-22)
Maka manhaj ahlu sunnah wal jamaah pada semua
itu, ialah percaya dengan sempurna terhadap apa yang dikhabarkan oleh Allah
S.W.T dan apa yang dikhabarkarkan oleh Nabi s.a.w serta tunduk patuh.
Berkata imam az Zuhri ; risalah dari Allah S.W.T,
rasul menyampaikan, kita menerima. (Riwayat Imam al Baghawi dalam Syarh as
Sunnah)
Imam Sufian bin Uyainah ; setiap apa yang Allah
S.W.T mensifati akan diriNya di dalam al-quran, maka bacaan ayat itulah
tafsirnya tanpa kaifiatkan, tanpa serupakan. (R. Imam al Lâlikâ-i dalam Syarh
Ushûl I'tiqâd Ahl as Sunnah wa al Jamâ'ah)
Imam as Syafie berkata ; aku beriman terhadap
Allah, dengan apa yang datang dari Allah di atas kehendak / tujuan Allah S.W.T
dan aku beriman terhadap rasulullah, apa yang dibawanya dan diatas kehendak
maksudnya. (Lum'ah al I'tiqâd, oleh Imam Ibnu Qudâmah al Maqdisi).
Al Walid nin Muslim berkata ; aku bertanya al
Auzai’e, Sufyan bin Uyainah dan Malik bin Anas berkaitan hadis-hadis sifat
Allah serta hadis melihat Allah S.W.T. Maka mereka semua berkata ; jalankanlah
sebagaimana ianya datang dengan tanpa kaifiatkan. (R. Imam al Baghawi)
Imam Malik bin Anas berkata ; hati-hati kamu
dengan bida’ah. Dikatakan ; apa itu bida’ah? Kata Imam Malik ; ahlu bida’ah
ialah mereka yang berkata-kata ( berbincang panjang ) pada asma Allah dan
sifatNya dan kalamNya dan ilmuNya dan kekuasaanNya, mereka tidak diam
sebagaimana diamnya ( dari membincangkan ) para sahabat dan tabiun. (R. Imam al
Baghawi)
Seorang lelaki bertanya kepada beliau berkaitan
ayat istiwa, bagaimana Allah istiwa? Kata Imam Malik ; isitiwa tidaklah majhul
( bukan sesuatu yang tidak diketahui ), kaifiat tidak terfikirkan, percaya
terhadapnya wajib, bertanya tentang cara itu bida’ah dan aku lihat engkau
adalah sesat. Diarahkan supaya lelaki tersebut keluar dari majlisnya. (R. Imam
al Baghawi)
Imam Abu Hanifah berkata ; tidak patut bagi
seseorang bahawa membincangkan sesuatu pada Zat Allah, bahkan hendaklah ia
sifatkan sebagaimana Allah sendiri sifatkan buat diriNya, dan janganlah
seseorang itu berkata dengan pemikirannya sesuatu ( tentang sifat ). Ketika di
tanya kepada beliau tentang sifat nuzul (turun). Kata beliau ; Dia turun tanpa
cara (yang diketahui). (Syarh al 'Aqîdah ath Thahâwiyah, Imam Ibnu Abil 'Izz)Al hafiz Nua’im bin Hamad al Khazai’e berkata ;
sesiapa yang menyerupakan Allah S.W.T dengan makhlukNya maka dia telah kafir (
SEPERTI MENGATAKAKAN TURUN ALLAH SEPERTI TURUN MAKHLUK, TANGAN ALLAH SEPERTI
TANGAN MAKHLUK, WAJAH ALLAH SEPERTI WAJAH MAKHLUK ) dan sesiapa yang
mengingkari apa yang telah Allah sifatkan buat diriNya maka kafir, bukanlah
mensifati diri Allah dengan sifat yang disifatkan oleh Allah sendiri dan
rasulnya itu adalah tasybih ( serupakan
) dengan makhluk. (R. Imam adz Dzahabi dalam al 'Uluww li al 'Aliyy al Ghaffâr)
Oleh yang demikian berhati-hatilah dengan
dendangan orang-orang yang mengaku ahlu sunnah wal jamaah, sedangkan apa yang
didendangkan oleh Allah S.W.T dan rasul s.a.w terlalu jauh dalam pengangan
mereka.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment