Showing posts with label ULUHIAH. Show all posts
Showing posts with label ULUHIAH. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

ADANYA PENCIPTA PENGETAHUAN SEMULAJADI

MENGETAHUI ADANYA ALLAH S.W.T ADALAH PERKARA SEMULAJADI


Pengetahuan tentang adanya Pencipta seluruh makhluk adalah perkara semulajadi, tersedia di dalam jiwa setiap manusia. Allah S.W.T mengingatkan kita tentang perkara ini dalam firmanNya ;

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ أَوْ تَقُولُواْ إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ [الأعراف: 172-173]

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"


Sungguh seruan para rasul a.s sekelian berpaksi kepada fitrah semulajadi ini, iaitu keimanan terhadap Allah, seruan kepada tauhid rububiah dan uluhiah / ibadah, segala namaNya dan segala sifatNya.

Berkata syaikhul islam Ibnu Taimiah ( 728) ;

Paling terkenal orang yang mengingkari adanya Pencipta adalah Firaun, sekalipun batinnya mempercayai akan adanya Pencipta, seperti kata Nabi Musa a.s kepada Firaun ;
لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنْزَلَ هَؤُلَاءِ إِلَّا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ بَصَائِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا فِرْعَوْنُ مَثْبُورًا[الإسراء: 102]

Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa".
وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا [النمل: 14]
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.

(Dar’u ta’arud aql wa naql 8/38)


Perlu diketahui bahawa istilah ‘wujudnya Allah’, ‘isbatnya (menetapkan) Pencipta’, atau ‘isbatnya (menetapkan) wajibul wujud ( Yang wajib ada )’ dan lain-lainnya adalah istilah yang baru. Timbulnya istilah-istilah yang baru ini bersama berkembangnya kumpulan-kumpulan sesat di dalam akidah.

Berkata Syaikhul islam Ibnu Taimiah ;

jika pengetahuan berkaitan adanya Pencipta adalah perkara fitrah, bagaimana pengingkaran berlaku daripada para pengkaji daripada golongan islam dan lain-lainnya, mereka mendakwa mendirikan hujjah aqal keatas kewujudan Pencipta,.........diketahui dalam islam yang mula-mula mengingkari pengetahuan fitrah semulajadi terhadap Allah S.W.T adalah ahlu kalam. Golongan ini ditolak oleh para salaf, seperti jahmiah dan qadariah. Disisi ulama salaf golongan ini adalah sesat dan jahil, tetapi asas-asas kefahaman mereka tersebar dalam kalangan umat islam kini, hingga setengah umat menyangka kefahaman ini datangnya dari para salaf sedangkan ianya ditentang oleh salaf ummah.
(Majmuk fatawa 16/431)


Berikutan terjadinya penyimpangan ini, iaitu pada mengikrarkan kewujudan Pencipta dikalangan jahmiah maka berkembang pula pemikiran muktazilah dan yang lainnya. Mereka mensyaratkan merenung / memerhati dan memerlukan dalil-dalil dalam penetapan wujudnya Pencipta. Sedangkan bagi salaf ummah tidak mensyaratkan demikian untuk menetapkan wujudnya Pencipta.

Dalil adanya ciptaan alam yang hebat ini sudah mencukupi bagi mereka yang menggunakan naluri fitrah mereka untuk menetapkan adanya Sang Pencipta yang Maha Bijak. Hanya mereka yang menyimpang dari fitrah sahaja tidak mengakui adanya Pencipta alam ini. Oleh kerana itu al-quran tidak banyak menyentuh perihal ikrarkan Pencipta berbanding ikrarkan ubudiah kepada Sang Pencipta.

Saturday, May 14, 2016

KEDUDUKAN TAUHID ULUHIAH

KEDUDUKAN TAUHID ULUHIAH

Tauhid Uluhiah ialah mengesakan Allah S.W.T dengan beribadah dalam semua jenis ibadah. Membenarkan akan ucapan syahadah “tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah” dan tidak sah perkara ini kecuali dengan mengikuti cara Nabi s.a.w.

Ahlu sunnah wal jamaah berpegang bahawa permulaan yang wajib ialah ucapan syahadatain sebagaimana yang dinuqilkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiah  ;

sesungguhnya para salaf dan para imam mazhab bersepakat bahawa perkara pertama yang disuruh kepada hamba ialah syhadatain, mereka juga bersepakat bahawa sesiapa yang ucapkan syahadatain sebelum baligh tidak lagi disuruh memperbaharui ucapan itu apabila baligh( dar'uu taarudd aql wa naql 8/11 )

Dalil-dalil bahawa perkara wajib pertama ialah beribadah kepada Allah dengan apa yang disyariatkanNya ;


Dalil ( 1 )

: وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ [النحل: 36]

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut"(Al-Nahl 16:36)

: وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ [الأنبياء: 25]

"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".(Al-Anbiyaa' 21:25)


Dua perkara perlu diingat ;

Pertama, asal keturunan Nabi Adam a.s telah bertauhid selama 10 kurun antara Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh a.s, kemudian barulah berlaku kesyirikkan.

Kedua, kesyirikan pertama berlaku ialah syirik pada ibadah / uluhiah bukan pada rububiah Allah S.W.T.

Diutuskan para rasul adalah untuk dakwahkan tauhid uluhiah iaitu mengesakan Allah S.W.T dalam segenap ibadah. Ini membuktikan perkara pertama yang diserukan para rasul ialah tauhid ibadah.

Dalil ( 2 )

Tujuan utama penciptaan Jin dan Manusia ialah beribadah kepada Allah S.W.T semata-mata.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ[الذاريات: 56]

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Allah S.W.T menjelaskan tentang fitrah manusia mengakui bahawa hanya Dia sebagai Pencipta, maka Dia mengarahkan setelah itu menyembahNya semata-mata.


Dalil ( 3 )

Perkataan Nabi s.a.w ketika mengutus Muaz r.a ke Yaman ;

 ((فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله وأني رسول الله))
h.r bukhari 1458 
Jadikan perkara pertama yang engkau serukan mereka ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan bahwa aku ialah pesuruh Allah

 ((أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأني رسول الله)) 
h.r bukhari 25, muslim 22  4

aku diperintahkan memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah pesuruhNya


Dalil ( 4 )

Ijmak ; ijmak yang dinukil oleh Ibnu Munzir, katanya ; 

"telah ijmak sekelian mereka yang aku hafal daripada ilmuan islam bahawa ; seorang kafir apabila mengucapkan dua kalimah syahadah, mengaku semua yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah benar, berlepas diri daripada agama yang bertentangan dengan islam, dia telah baligh dan sihat akalnya ketika itu, bahawa dia telah islam.”
dar'u aql wa naql 8/7

Berkata Abu Muzaffar al Sam’ani ; 

"perkataan bahawa kewajipan pertama ialah merenung / memikir ialah perkataan bidaah, tidak diketahui dikalangan sahabat Nabi juga tabiien. Jika perkara itu diketahui mereka nescaya sampai kepada kita kerana mereka begitu mengambil berat perkara tersebut'. 
mukhtasar kitab alintisar li ahli hadis damn sauni al mantiq 171-172

Yang diketahui bahawa perkara pertama mereka serukan ialah syahadatain.

Berkata Ibnu Qaiyim ; 

"ijmak sekelian muslimin bahawa jika seorang kafir ucapkan syahadah maka dia telah islam, jika dia buat selain syahadah tidak diiktiraf islamnya".mudarij assalilkin 3/421

Perlu juga diketahui ialah, syahadah mengandungi pengakuan seseorang terhadap Allah S.W.T dan rasulNya, setiap yang mengakui uluhiahNya telahpun mengakui rububiahNya terlebih dahulu. Jika berlaku penyimpangan dalam fitrahnya maka ketika itu wajiblah dia mulakan dengan merenung / memikirkan ( nazhar ), kerana ianya menjadi wasilah kepada pengakuan uluhiah Allah S.W.T, maka kewajipan ini disebut kewajipan perantaraan yang menuju maksud utama.

Mengetahui dan percaya kewujudan Allah S.W.T semata-mata tidak cukup untuk jadikan seseorang itu islam sehinggalah dia mengucapkan kalimah syahadatain.
(14)



TAKRIF TAUHID ULUHIAH

TAKRIF TAUHID ULUHIAH 


Tauhid Uluhiah ialah mengesakan Allah S.W.T dengan beribadah dalam semua jenis ibadah.

Sesetengah ilmuan islam berpendapat ibadah dan ta’abud adalah sama pengertiannya. Ibadah atau ta’abud mempunyai 2 rukun serta 2 syarat. Rukunnya ialah tunduk patuh, menghinakan diri dan kecintaan. Syaratnya pula ialah mengenali Yang disembah dan mengetahui agamaNya.

Beribadah bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan untuk penyembahan kepada Allah S.W.T samada perkataan, amalan luaran dan amalan batin.
Ibadah juga ialah membenarkan pengakuan kalimah syahadah seseorang. Sebagaimana perkataan Nabi Ibrahim a.s ;

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاء مِّمَّا تَعْبُدُونَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah.” (Az-Zukhruf 43:26)

Ibnu Jarir menafsirkan ayat ini ; ialah kalimah
لا إله إلا الله

Perkataan ‘Islam’ juga bermaksud menerima dengan patuh cara penyembahan dari Allah S.W.T sahaja dan kepada Allah S.W.T sahaja. Seperti perkataan Nabi Ibrahim a.s ;

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

“(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam(Al-Baqarah 2:131)

Secara ringkasnya tauhid Uluhiah ialah mengesakan Allah S.W.T dalam beribadah. Tauhid ini juga disebut tauhid ibadah, tauhid ubudiah, tauhid amal, tauhid iradah dan talab, tauhid qasad dan tauhid kepada Allah dengan perbuatan hamba.


Kerana tauhid inilah Allah S.W.T menciptakan Jin dan Manusia. Seperti firmanNya ;
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(Adz-Dzaariyaat 51:56

Kerana tauhid inilah Allah S.W.T mengutuskan rasul-rasul. 
FirmanNya ;

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".(Al-Anbiyaa' 21:25)

Tauhid inilah perkara utama dalam dakwah semua rasul.
FirmanNya ;

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah TaghutAl-Nahl 16:36)

Kerana tauhid inilah berlakunya pertembungan antara para rasul dan umat mereka, antara pengikut rasul dan pengamal syirik.

Agama ini terdiri daripada beberapa jenis tauhid. Tauhid Uluhiah mengandungi tauhid Rububiah dan tauhid asma dan sifat, kerana sesiapa yang beribadah kepada Allah S.W.T semata-mata menunjukkan bahawa dia telah beriman kepada RububiahNya dan beriman kepada Asma dan sifatNya.

Sekalipun telah jelas kepentingan tauhid uluhiah ini. Kebanyakkan manusia mengingkari bahawa yang paling layak mereka sembah ialah Allah S.W.T yang tiada sekutu bagiNya, bahkan mereka menyembah selain Allah bersama Allah.