Showing posts with label RUBUBIAH. Show all posts
Showing posts with label RUBUBIAH. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

ADANYA PENCIPTA PENGETAHUAN SEMULAJADI

MENGETAHUI ADANYA ALLAH S.W.T ADALAH PERKARA SEMULAJADI


Pengetahuan tentang adanya Pencipta seluruh makhluk adalah perkara semulajadi, tersedia di dalam jiwa setiap manusia. Allah S.W.T mengingatkan kita tentang perkara ini dalam firmanNya ;

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ أَوْ تَقُولُواْ إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ [الأعراف: 172-173]

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"


Sungguh seruan para rasul a.s sekelian berpaksi kepada fitrah semulajadi ini, iaitu keimanan terhadap Allah, seruan kepada tauhid rububiah dan uluhiah / ibadah, segala namaNya dan segala sifatNya.

Berkata syaikhul islam Ibnu Taimiah ( 728) ;

Paling terkenal orang yang mengingkari adanya Pencipta adalah Firaun, sekalipun batinnya mempercayai akan adanya Pencipta, seperti kata Nabi Musa a.s kepada Firaun ;
لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنْزَلَ هَؤُلَاءِ إِلَّا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ بَصَائِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا فِرْعَوْنُ مَثْبُورًا[الإسراء: 102]

Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa".
وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا [النمل: 14]
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.

(Dar’u ta’arud aql wa naql 8/38)


Perlu diketahui bahawa istilah ‘wujudnya Allah’, ‘isbatnya (menetapkan) Pencipta’, atau ‘isbatnya (menetapkan) wajibul wujud ( Yang wajib ada )’ dan lain-lainnya adalah istilah yang baru. Timbulnya istilah-istilah yang baru ini bersama berkembangnya kumpulan-kumpulan sesat di dalam akidah.

Berkata Syaikhul islam Ibnu Taimiah ;

jika pengetahuan berkaitan adanya Pencipta adalah perkara fitrah, bagaimana pengingkaran berlaku daripada para pengkaji daripada golongan islam dan lain-lainnya, mereka mendakwa mendirikan hujjah aqal keatas kewujudan Pencipta,.........diketahui dalam islam yang mula-mula mengingkari pengetahuan fitrah semulajadi terhadap Allah S.W.T adalah ahlu kalam. Golongan ini ditolak oleh para salaf, seperti jahmiah dan qadariah. Disisi ulama salaf golongan ini adalah sesat dan jahil, tetapi asas-asas kefahaman mereka tersebar dalam kalangan umat islam kini, hingga setengah umat menyangka kefahaman ini datangnya dari para salaf sedangkan ianya ditentang oleh salaf ummah.
(Majmuk fatawa 16/431)


Berikutan terjadinya penyimpangan ini, iaitu pada mengikrarkan kewujudan Pencipta dikalangan jahmiah maka berkembang pula pemikiran muktazilah dan yang lainnya. Mereka mensyaratkan merenung / memerhati dan memerlukan dalil-dalil dalam penetapan wujudnya Pencipta. Sedangkan bagi salaf ummah tidak mensyaratkan demikian untuk menetapkan wujudnya Pencipta.

Dalil adanya ciptaan alam yang hebat ini sudah mencukupi bagi mereka yang menggunakan naluri fitrah mereka untuk menetapkan adanya Sang Pencipta yang Maha Bijak. Hanya mereka yang menyimpang dari fitrah sahaja tidak mengakui adanya Pencipta alam ini. Oleh kerana itu al-quran tidak banyak menyentuh perihal ikrarkan Pencipta berbanding ikrarkan ubudiah kepada Sang Pencipta.

Tuesday, May 3, 2016

TAUHID RUBUBIAH SAHAJA BELUM MENCUKUPI UNTUK LEPAS DARI SYIRIK

TIDAK MENCUKUPI KEIMANAN RUBUBIAH UNTUK LEPAS DARIPADA KESYIRIKAN

Sesungguhnya tauhid rububiah adalah salah satu dari bahagian tauhid. Kerana itu tidak sah ketauhidan seseorang kecuali beriman dengan RububiahNya, tetapi tauhid rububiah bukanlah tujuan utama diutuskan para rasul a.s.


Tidak terlepas dari kesyirikan selama mana seseorang itu tidak beriman dengan kelaziman tauhid rububiah, iaitu tauhid uluhiah. Demikian yang difahami dari maksud firman Allah S.W.T.

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ [يوسف: 106]
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain

Ayat ini memberikan gambaran bahawa ramai manusia mengakui Rububiah Allah S.W.T, tetapi dalam masa yang sama mereka syirik dalam Uluhiah ataupun ibadah mereka. Ini adalah tafsiran para ulama salaf.

Ibnu Abbas r.a berkata ;

“keimanan mereka apabila ditanya kepada mereka, siapakah yang menjadikan langit? Siapakah yang menjadikan bumi? Siapakah yang menjadikan bukit? Mereka akan berkata ; Allah, tetapi mereka tetap melakukan kesyirikan dalam ibadah mereka”.

Ikrimah berkata ;

kamu tanya mereka siapa yang ciptakan mereka? Siapakah ciptakan langit dan bumi? Maka mereka akan menjawab ; Allah, demikianlah keimanan mereka terhadap Allah walhal mereka menyembah selain Allah.

Mujahid berkata ;

iman mereka ialah perkataan mereka ; Allah yang menjadikan kami, Dia memberi rezeki kepada kami, Dia yang mematikan kami, maka mereka percaya Allah dalam masa yang sama mereka beribadah kepada selain Allah.

Musyrikin Arab pada zaman Nabi S.A.W mengakui terhadap Allah sebagai Pencipta, Pemberi rezeki, Pengurus alam, kesyirikan mereka berlaku dari sudut ibadah. Mereka adakan sekutu bagi Allah dalam penyembahan, mereka berdoa kepada selain Allah, mereka meminta hajat selain daripada Allah.

Berkaitan perkara ini disebut oleh Allah di dalam al-quran.

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ [العنكبوت: 61]،

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ[العنكبوت: 63]،

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ [الزخرف: 87]،

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

قُلْ لِمَنِ الْأَرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ[المؤمنون: 84- 89].
Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"
Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?
Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"


Orang-orang musyrikin tidak berkeyakinan bahawa sembahan mereka itu yang menurunkan hujan, yang memberi rezeki, yang menguruskan alam. Bahkan mereka berkeyakinan itu semua adalah urusan Allah sahaja. Mereka juga berkeyakinan bahawa sembahan mereka itu tidak mampu lakukan itu semua melainkan hanya Rabb yang maha berkuasa di atas segalanya. Namun mereka menjadikan selain Allah sebagai perantara, mereka menyangka sembahan mereka itu boleh menolong mereka di samping Allah, mereka sembah selain Allah sebagai jalan perantara sahaja antara mereka dengan Allah. demikian dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam al-quran.

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى [الزمر: 3]
"
Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya"


Keyakinan terhadap Rububiah Allah sahaja belum lagi memasukkan mereka ke dalam Islam, bahkan Allah S.W.T menyebut mereka sebagai musyrikin yang kafir, dijanjikan neraka kepada mereka serta kekal di dalamnya. 

Rasulullah juga menghalalkan darah dan harta mereka kerana mereka belum membenarkan Uluhiah Allah S.W.T dengan sebenar-benarnya, iaitu tauhid dalam ibadah.

Maka dengan ini ternyatalah bahawa pengakuan terhadap tauhid Rububiah semata-mata tanpa bertauhid pada Uluhiah tidak mencukupi dan belum dapat melepaskan seseorang itu dari azab Allah.
 (2) 



IKRAR RUBUBIAH ADALAH FITRAH SEMULAJADI

Ikrar Rububiah Allah S.W.T adalah fitrah semulajadi

Tidak diragukan bahawa ikrar terhadap Rububiah Allah adalah perkara semula jadi yang Allah kurniakan kepada manusia.
Kesyirikan pula adalah perkara baru yang berlaku terhadap manusia. Anak-anak akan mengikuti jejak ibu bapa mereka dalam beragama.
Apabila mereka berhujah pada hari kiamat nanti di hadapan Allah S.W.T, kami hanya mengikuti jejak langkah orang-orang terdahulu, maka dikatakan kepada mereka ; bukankah kamu telah mengetahui dengan penciptaan dan mengakui adanya Pencipta bagi setiap sesuatu? Tiada yang mengatasi dan sama dengan Pencipta alam ini? Bukankah kamu telah menyaksikan perkara tersebut? Bukankah kamu sendiri menjadi saksi di atas kesyirikan yang kamu telah lakukan?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَآءَ لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ [النساء:135]

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri

Kamu sendiri akan menjadi saksi ke atas diri kamu di atas apa yang telah kamu lakukan terhadap kesyirikan itu. Bahkan kamu sendiri memilih untuk percaya Rabb selain Allah yang kamu tidak tahu hakikat kebenarannya. Oleh yang demikian Allah tidak akan menyalahkan kanak-kanak yang belum boleh memilih dengan bebas berdasarkan fitrah mereka jika mengikuti kesyirikan kedua orang tua mereka, sehinggalah mereka baligh dan berakal setelah didatangkan hujjah kepada mereka.

Ketika mana mereka boleh berfikir secara bebas setelah baligh maka wajiblah mentaati Rabb yang sebenarnya. Mereka boleh teruskan kepercayaan ibu bapa mereka jika ibu bapa mereka percaya kepada Rabb yang sebenar, sepertimana Nabi Yusuf a.s ikut kepercayaan orang tuanya Nabi Ya’kub a.s ;

وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَآئِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ [يوسف:38]
Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub

Jika sekiranya orang tua mereka menyimpang dari Rabb yang sebenarnya maka ketika itu tidak boleh sama sekali mereka terus ikuti kepercayaan tersebut.

وَوَصَّيْنَا الإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا [العنكبوت:8]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka

Sesiapa yang mengikuti kepercayaan orang tuanya yang menyimpang dari Rabb yang sebenarnya, maka mereka telah mentaati hawa nafsunya, dan akan di pertanggung jawabkan di hari kiamat nanti.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ [البقرة:170]
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

Mengetahui adanya Rabb sebenar dan pengakuan terhadap kewujudanNya adalah fitrah semula jadi yang telah Allah S.W.T tanamkan dalam setiap jiwa manusia, akal mereka juga mengakui kewujudan Rabb, bahkan hati manusia sentiasa tercari-cari siapakah Rabb sebenar sebelum mereka bertemukan kebenarannya. Kerana itu kepercayaan tentang wujudnya Rabb tidak memerlukan banyak petunjuk dari al-quran dan sunnah. Walau bagaimanapun al-quran dan sunnah tetap memperkatakan hal tersebut supaya menjadi penguat kepada fitrah dan akal manusia dan akan bertambah keimanan orang-orang yang mempercayainya serta akan menjadi hujjah kepada orang-orang yang mengingkarinya.

Kesimpulannya ; bahawa pengakuan dan penyaksian di atas wujudnya Rabb sebagai Pencipta sebenar adalah perkara fitrah dan lumrah bagi setiap manusia.

Berkata Syaikhul Islam ; ahlu fitrah semuanya bersepakat dalam ikrar wujudnya Rabb. Katanya lagi ; seluruh jin dan manusia mengakui adanya Pencipta dan perkara ini adalah keperluan bagi mereka sebagaimana keperluan makan minum mereka.

Jelas sekali bahawa tiada pertentangan terhadap kewujudan Pencipta bagi musyrikin yang diseru oleh setiap rasul-rasul mereka kerana Rabb adalah ikrar semulajadi mereka.

قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللّهِ شَكٌّ [إبراهيم: 10]
Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi?

keperluan kepada petunjuk wahyu tentang kewujudan Pencipta dan kesempurnaanNya apabila terdapat penyimpangan daripada fitrah semula jadi ini.

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى [الأعراف: 172]
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami)

Berkata muhammad bin kaan alqurazi ; pengakuan ruh-ruh terhadap Rabb sebelum dijadikan jasad-jasad mereka.



Monday, May 2, 2016

KEDUDUKAN TAUHID RUBUBIAH

KEDUDUKAN TAUHID RUBUBIAH

Apabila seseorang hamba mengakui Rububiah Allah S.W.T, maka pengakuan itu akan membawa dia kepada pengakuan Uluhiah Allah, kerana Rububiah dan Uluhiah adalah sesuatu yang bersangkutan.
Pengakuan kukuh seseorang kepada sifat-sifat Rububiah Allah seperti Pencipta, Yang menghidupkan, Yang mematikan, Yang memberi manfaat, Yang memberi mudarat, Yang membahagiakan, Yang mencelakakan dan menerima bahawa Allah sahajalah yang memberi taufik serta hidayah, dengan ketentuan Allah sahaja yang memasukkan seseorang itu ke dalam syurga atau neraka, maka dia akan memohon hanya kepada Allah, beribadah hanya untuk Allah, mengagungkan hanya kepada Allah, takut hanya kepada allah.

Itulah tandanya tauhid Uluhiah di dalam hatinya. Kerana tauhid Uluhiah dimulakan dengan pengakuan yang tulus terhadap RububiahNya. Ini menunjukkan bahawa kedudukan tauhid Rububiah terdahulu dari tauhid Uluhiah. Pengetahuan berkaitan Rububiah adalah perkara fitrah manusia, hanya sahaja kebanyakkan manusia itu terjebak ke dalam kesyirikkan kerana melakukan perkara yang membatalkan tauhid Uluhiah. Kerana tauhid Uluhiah inilah diutuskan para rasul untuk berdakwahkan kepada tauhid Uluhiah atau tauhid Ubudiah juga dikenali sebagai tauhid Ibadah.

Walau bagaimanapun tauhid Rububiah sahaja belum mencukupi sekiranya tidak disertakan dengan tauhid Uluhiah, kerana kedua-duanya saling terkait. Kerana itu Allah S.W.T menyatakan ;

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ [يوسف: 106]،
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

Mujahid r.h mengatakan di dalam tafsiran ayat ini ; keimanan mereka ialah perkataan mereka Allah Pencipta kita, Pemberi rezeki, Yang mematikan, Yang mematikan, maka kepercayaan itu disertakan penyembahan selain Allah.

TAKRIF RUBUBIAH PADA ISTILAH

tt6) TAKRIF TAUHID RUBUBIAH SECARA ISTILAH
Ialah mengikrarkan secara kukuh bahawa Allah S.W.T adalah Rabb setiap sesuatu, Pemilik, Pencipta, Pentadbir, tiada bersekutu denganNya sesuatu yang lain di dalam pemerintahanNya, tiada yang dapat menolak arahanNya dan tiada sesuatu yang serupa denganNya.


Sebahagian ulama mentakrifkan ;
Pegangan yang kukuh terhadapap Allah S.W.T sebagai Pencipta, Pemberi rezeki, Pengurus segala sesuatu, tiada sekutu bagiNya.

Takrif ini melengkapi di atas 2 perkara ;
1.    Beriman dengan adanya Allah S.W.T
2.    Pengakuan bahawa Allah S.W.T adalah Pencipta segala sesuatu, Pemilik, Pemberi rezeki, Yang menghidupkan, Yang mematikan, Yang memberi manfaat, Yang memberi mudarat, Yang mempekenankan doa, Yang di tanganNya segala kebaikan, Yang berkuasa, Yang mentakdirkan, Yang menguruskan alam dan tiada yang seumpamaNya.

Banyak dalil-dalil di dalam al-quran dan sunnah yang menetapkan tentang Rububiah Allah S.W.T. Diantaranya ialah ;

: الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ [الفاتحة: 2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam


أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ [الأعراف: 54]
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan

قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ [المؤمنون: 88]
Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan
tiap-tiap sesuatu

Allah S.W.T menyuruh hamba-hambaNya merenung dan berfikir kepada tanda-tanda yang zahir pada makhluk-makhluk di langit atau di bumi supaya menjadi petanda kewujudan Rabb mereka


هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ [الحشر: 23]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;
Yang Menguasai sekalian alam

وَلِلّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا [المائدة:17،
Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya

 فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ [يس: 83].
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan

Rabb ialah Yang menjadikan, Pencipta dan Yang membentuk makhluk-makhlukNya.

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ [الحشر: 24]
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya

Rabb adalah Yang memulakan dan Yang mengembalikan sesuatu.

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ [الروم: 27]
Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian Ia mengembalikannya hidup semula sesudah mereka mati)


 Rabb ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, Dia yang mencipta kehidupan dan menciptakan kematian

 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا [الملك: 2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya

لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ[الدخان: 8].
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu

Rabb adalah Yang memberi manfaat dan memberi mudarat.

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً مِّن بَعْدِ ضَرَّاء مَسَّتْهُمْ إِذَا لَهُم مَّكْرٌ فِي آيَاتِنَا [يونس: 21]
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat-ayat keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya

قُلْ فَمَن يَمْلِكُ لَكُم مِّنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا [الفتح: 11].
Katakanlah (wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat

Rabb adalah Yang memberi dan Yang menahan pemberian.

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ[فاطر: 2]
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu

وقال الرسول صلى الله عليه وسلم في دعائه بعد الفراغ من الصلاة: ((اللهم لا مانع لما أعطيت ولا معطي لما منعت)) 
Berkata Nabi S.A.W dalam doanya selepas solat ‘ Ya Allah, tiada yang dapat menegah apa yang Engkau kurniakan dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau halang’.

 Rabb ialah Yang menguruskan leseluruhan alam ini ;

ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ [يونس: 3]
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan

وَمَن يُدَبِّرُ الأَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللّهُ [يونس: 31]
Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya

يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ [الرعد: 2].
Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan))



Rabb adalah Yang menjadikan, memberi rezeki, Yang perkasa dan Yang menentukan setiap sesuatu ;

قُلِ اللّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ [الرعد: 16]
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu

هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاء وَالْأَرْضِ [فاطر: 9]
tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi

إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ [الذاريات: 58]
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya

إِنَّ اللَّه عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [البقرة: 20].
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu