Wednesday, May 25, 2016

MAJLIS MUWATTA HADIS KE 4

MAJLIS KITAB MUWATTA 
Imam Malik bin Anas

Matan Hadis




Makna Hadis
    Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari [Yahya bin Sa'id] dari ['Amrah binti Abdurrahman] dari [Aisyah] istri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dia berkata; "ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selesai shalat subuh, kaum wanita keluar dengan keadaan tertutup dengan kain mereka, dan mereka tidak dikenali karena gelap’’.


Pengenalan Perawi Hadis

AMRAH BINTI ABDURRAHMAN

Sang Perawi Hadits”

    Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata, “Tidak ada lagi orang yang lebih mengetahui hadits-hadits Ibunda Aisyah, yang masih hidup, kecuali Amrah.”
    
    Yahya bin Ma’in berkata, “Amrah binti Abdurrahman adalah periwayat yang haditsnya dapat diterima dan dijadikan hujjah.”
    
    Imam Adz-Dzahabi berkata, “Amrah adalah seorang ulama, ahli fiqih, saudara ilmu, dan haditsnya dapat dijadikan hujjah.”



Hadits-hadits Riwayat Amrah



    Pada saat kepemimpinan Umar bin Abdul Aziz beliau memerintahkan untuk segera dilaksanakan kodifikasi hadits-hadits Rasulullah saw. Beliau pun mengirim surat kepada Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm di Madinah, “kumpulkanlah hadits-hadits Rasulullah saw., juga sunah-sunah yang sedang dilaksanakan umat Islam, serta hadits-hadits Amrah. Tulislah semuanya. Kulakukan hal ini karena aku sangat takut ilmu akan hilang dan ulama akan habis.”

Dalam Asuhan Ibunda Aisyah ra.
    Adalah salah satu murid Ibunda Aisyah ra. yang sangat cerdas. Periwayatannya tentang hadits-hadits Ibunda Aisyah sangat lengkap. Termasuk hadits-hadits yang tidak dapat diketahui oleh orang lain, tentang kehidupan dan kebiasaan RAsulullah saw. sehari-hari.
    Semua itu berawal dari pendidikan tarbiyah Ibunda Aisyah ra. yang dapat melahirkan wanita dengan segala kelebihannya yang tidak dimiliki wanita sezamannya, baik dalam hal fiqih, mahupun ilmu hadits.



Perawi yang Faqih

    Tidak hanya meriwayatkan hadits dari Ibunda Aisyah ra., tetapi beliau juga meriwayatkan dari Ibunda Ummu Salamah ra., Ummu Hisyam binti Harits bin Nu’man Al Anshariyah ra., Habibah binti Sahal, dan Ummu Habibah Himnah binti Jahsiy ra.


Kewafatan

    
    Setiap waktu, beliau selalu dalam keadaan siap untuk bertemu dengan Allah swt.  Beliau mempunyai tanah perkebunan di dekat Baqi’. Ketika hampir meninggal, ia berkata kepada sepupunya Muhammad bin Abdurrahman dan anak-anaknya, “Berikan kepadaku tanah kuburan yang dekat dengan kebun itu. Sesungguhnya, aku pernah mendengar Ibunda Aisyah ra. berkata, ‘Mematahkan tulang orang yang sudah mati sama seperti mematahkan tulangnya ketika masih hidup.’”

    Dan berpulangkah beliau pada tahun 98 Hijriyah di kuburkan di Madinah dekat Baqi’. Semoga Allah swt. Melimpahkan rahmat dan menerangi kuburannya.

FAEDAH HADIS

1.  Menurut Ibnu Abd Barr ; dalam hadis ini menyebut ‘taghlis bi solati subhi’ . Ini afdal di sisi kami ( maliki) kerana ianya adalah solatnya Nabi dan Abu Bakar dan Umar. Lafaz hadis ini menunjukkan bahawa Nabi sentiasa solat subuh di waktu ini.

2. Berdalilkan ‘taghlis’ di dalam hadis maka Asyafie, Ahmad bin Hanbal dan kebanyakkan fuqaha Hijaz berpendapat adalah afdal solat Subuh diwaktu ini. (awal waktu)

3. Manakala Ulama Kufah berpendapat solat Subuh afdal di waktu ‘asfar(kekuningan)

4. Hadis ini juga memberi petunjuk bahawa wanita-wanita di zaman Nabi S.A.W menghadiri solat berjemaah.
 
وَفِيهَا جَوَازُ حُضُورِ النِّسَاءِ الْجَمَاعَةَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُوَ إِذَا لَمْ يُخْشَ فِتْنَةٌ عَلَيْهِنَّ أَوْ بِهِنَّ 
(syarh sahih muslim an-nawawi)

Hadis ini juga terdapat di dalam kitab-kitab hadis berikut ;


المعجم الأوسط
التلخيص الحبير
سنن أبي داود
 سنن ابن ماجه
سنن الترمذي
سنن الدارمي
 سنن النسائي
صحيح ابن خزيمة
صحيح البخاري
صحيح مسلم
مسند الإمام أحمد
 موطأ مالك

Hadis Bukhari

No. Hadist: 820
§حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ إِنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُصَلِّي الصُّبْحَ فَيَنْصَرِفُ النِّسَاءُ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ مَا يُعْرَفْنَ مِنْ الْغَلَسِ
Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik. 
(dalam jalur lain disebutkan) 
  Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, 
  telah mengabarkan kepada kami Malik dari Yahya bin Sa'id 
  dari 'Amrah binti 'Abdurrahman dari 'Aisyah ia berkata,"Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan shalat Shubuh, maka para wanita yang ikut berjama'ah datang dengan menutup wajah mereka dengan tanpa diketahui oleh seorangpun karena hari masih gelap."
§
§SELESAI
WALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN

§

Tuesday, May 24, 2016

SANTAI MUTASYABIHAAT


Ayat-ayat mutasyaabihat dan ayat-ayat muhkamat


Allah S.W.T berfirman ;

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

(A-li'Imraan 3:7)

Ayat muhkamat

Dimaksudkan dengan muhkam (jelas) di sini ialah erti ayat itu jelas dan terang, tiada kesamaran padanya.

         Contohnya ialah:

         Firman Allah Ta‘ala (al-Hujurat 49:13) Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.

Ayat mutasyabihat

Yang dimaksudkan dengan mutasyabih (samar) di sini ialah erti ayat itu tersembunyi dan mempunyai kemungkinan.

Firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5:64)

Maksudnya:

Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.

Mungkin ada orang yang salah faham bahawa Allah Ta‘ala mempunyai dua tangan seperti tangan makhluk-makhlukNya.

Sebahagian dari perbezaan pandangan dalam tauhid asma wa sifat antara manhaj salaf dan manhaj-manhaj lain ialah berkaitan dengan takwil ayat-ayat sifat.

------------------------------------------------------------------------

Tauhid asma wa sifat = berkaitan nama-nama Allah dan sifat-sifat.
Manhaj salaf= cara / metode salafussoleh dalam tauhid.
Takwil = paling makna.
Ayat sifat = ayat yang berkaitan segala nama dan sifat Allah dalam quran dan hadis.
Takwilan akan digunakan pada memahami ayat-ayat mutasyabihat, (jika betul)
tidak pada ayat muhkam.
Takwilan = paling dari makna sebenar.
Ayat mutasyabihat = ayat kesamaran makna
Ayat muhkam = ayat terang makna

-------------------------------------------------------------------------

Contoh ayat muhkamat ;

Firman Allah Ta‘ala ( al-Maidah 5:3) - Maksudnya: Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah.

Contoh ayat mutasyaabihat

Allah Ta‘ala ialah firman Allah Ta‘ala ( al-Nisa’ 4:79)   Maksudnya: Apa sahaja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpamu maka dari kesalahan dirimu.

Di dalam ayat lain Allah Ta‘ala berfirman (al-Nisa’ 4:78) - Maksudnya: Dan jika mereka memperoleh kebaikan mereka mengatakan "Ini adalah dari sisi Allah." dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan "Ini datangnya dari sisi kamu." katakanlah "Semuanya datang dari sisi Allah"

Mungkin ada orang yang salah faham bahawa al-Quran bercanggahan dan saling membatalkan antara satu sama lain setelah membaca kedua-dua ayat tadi.

Contoh lain ayat mutasyaabihat

Firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5:64) - Maksudnya:Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.

Mungkin ada orang yang salah faham bahawa Allah Ta‘ala mempunyai dua tangan seperti tangan makhluk-makhlukNya.

Perbezaan pandangan dalam mememahami maksud mutasyabihat itu mendorong kepada perbezaan dalam menakwilkan sesetengah ayat sifat.

contoh ; si A mengatakan ayat ini adalah ayat mutasyabih maka si A akan takwil. Si B mengatakan ayat yang sama sebagai ayat muhkam maka si B tidak mentakwilkannya.
Jadi punca masalah ialah adakah ayat itu muhkam atau mutasyabih.
Jika si A mentakwilkan ayat tersebut, sudah pasti si B akan menyalahkan si A, kerana berbeza pada pangkal masalah.

Sebagai contoh ; orang kampung berbalah untuk kebumi mayat ketua kampung setelah mereka sepakat bahawa ketua kampung sudah disahkan mati. Jika belum disahkan mati, berbalah nak kebumi di mana, itu adalah kebodohan.

Jadinya…

Untuk memahami kesalahan dalam takwil oleh sesetengah manhaj, perlu diketahui dahulu perbezaan mereka dalam masalah satu-satu ayat itu, mutasyabih atau bukan?.


Contoh ayat mutasyabihat diluar bab asma dan sifat

firman Allah Ta‘ala (Yunus 10:94)

         Maksudnya: Maka jika kamu berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

Mungkin ada orang yang salah faham bahawa Rasulullah s.a.w.  meragui wahyu yang turun kepadanya.

Hikmah Wujudnya Muhkam Dan Mutasyabih
Dalam Al-Quran

Sekiranya seluruh al-Quran adalah muhkam, tiadalah hikmah dalam menjadikannya ujian terhadap kepercayaan dan amalan manusia kerana pengertiannya jelas dan tidak wujud peluang untuk menyelewengkannya atau berpaut kepada kesamarannya untuk menimbulkan fitnah dan mentakwilnya (memberi erti salah).
Sekiranya seluruh al-Quran adalah mutasyabih, hilanglah peranannya sebagai penjelas dan petunjuk kepada manusia. Al-Quran juga tidak dapat diamalkan dan tidak dapat membina aqidah yang tepat. Pastinya Allah Ta‘ala mempunyai hikmah tersendiri dalam menjadikan sebahagian al-Quran muhkam yang menjadi rujukan apabila wujud kesamaran, dan sebahagiannya mutasyabih sebagai ujian terhadap hamba-hambaNya untuk membezakan orang yang benar-benar beriman daripada orang yang hatinya sesat.

Kesimpulan

  • Punca ‘takwil’ ialah ayat mutasyaabih.
  • Berbeza pandangan pada Ayat-ayat sifat.
  • Takwil jika mereka kata ayat mutasyaabih
  • Ayat mutasyaabih adalah ujian keimanan
  • Takwil yang salah adalah terlalu bahaya
  • Ayat mutasyabih sedikit berbanding muhkam
  • Orang berilmu patuh kepada semua ayat


Selesai


ANTARA DUA MADRASAH




ANTARA DUA MADRASAH, MANA SATU YANG BETUL?


Pernah ditanya kepada Syeikh Soleh Ibn Uthaimin ;

Adakah perbahagian ahlu sunnah kepada dua ; madrasah Ibnu Taimiah dan murid-muridnya, madrasah Assyairah dan Maturidiah itu pembahagian yang sahih?  
Dan apa kedudukan muslimin terhadap ulama yang mentakwilkan sifat-sifat Allah S.W.T?

Maka beliau r.h menjawab :

Tidak diragukan lagi bahawa apa yang dipelajari oleh talabatil ilm dalam pengajian mereka, mazhab ahlu sunnah ialah ; beriman dengan nama-nama Allah S.W.T dan segala sifatNya, tanpa mengubah, mengosongkan, menkaifiatkan dan menyerupakan. 

Ini adalah persamaan yang berlaku bagi nisbah mazhab ahlu sunnah, begitulah kamu akan dapatinya di dalam kitab-kitab mereka samada yang kitab besar atau ringkasan.
Adapun pembahagian dua madrasah ini, madrasah Ibnu Taimiah dan madrassah Assyairah.

Pertama ; madrasah Ibnu Taimiah dan murid-muridnya yang menegah daripada mengubah nas dari zahirnya.

Kedua ; madrasah Assyairah dan Maturidiah yang mewajibkan untuk ubah makna zahir nas pada asma Allah dan sifatNya. (yang dianggap kesamaran)

Maka kita kata ; telah maklum bahawa kedua-dua madrasah ini berlaku perbezaan pendapat yang ketara dalan manhaj pada apa yang bersangkutan dengan asma Allah dan sifatNya.

Madrasah pertama ; mengikrarkan kewajipan untuk mengekalkan nas-nas di atas zahir maknanya yang bersangkutan dengan asma dan sifat Allah S.W.T serta menafikan tamsil (penyerupaan) dan kaifiat (cara yang serupa).

Madrasah kedua ; mengikrarkan pengikut-pengikut mereka akan kewajipan memalingkan makna asal nas pada apa yang bersangkutan dengan nama dan sifat Allah S.W.T.

Kedua-duanya adalah manhaj yang sungguh berbeza, perbezaan ini dapat dilihat pada
contoh berikut ;

Firman Allah S.W.T ;

Maksudnya:

“bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki”
(al-Maidah 5:64)

Madrasah pertama berpendapat; wajib kekalkan makna-maknanya dan menetapkan sifat kedua tangan yang hakiki bagi Allah yang layak bagiNya.

Madrasah kedua berpendapat ; wajib diubah maknanya dan haram menetapkan sifat tangan bagi Allah S.W.T kemudian berselisih sesama mereka pada menetapkan makna samada kekuasaan atau nikmat.

Dengan contoh ini ternyata bahawa kedua-dua manhaj ini berbeza, dan tidak mungkin perbezaan ini dihimpunkan dalam satu sifat iaitu ahlu sunnah.

Jadi kita mestilah mengkhususkan sifat ahlu sunnah terhadap salah satu madrasah ini, adil dalam menghukum dan kita serahkan kepada neraca keadilan  kitabullah dan sunnah NabiNya s.a.w serta perkataan  sahabat dan tabiin r.a.

Tidak ada petunjuk kebenaranpun pada madrasah kedua ini dalam takwilan mereka samada pada wajah dalalah, mutabaqah, tadamun atau kelaziman yang jelas mahupun isyarat. Bahkan petunjuk kebenaran berada di pihak madrasah pertama yang terang, jelas tanpa takwilan. Oleh kerana itu tertentulah pensifatan ahlusunnah kepada madrasah pertama ini.

Adapun pandangan madrasah kedua ; tiada tegahan dalam mentakwilkan asma dan sifat sekiranya tidak bertentangan dengan nas syar’ie. Maka kita katakan ; semata-mata ubah lafaz dari makna zahirnya tanpa dalil syarak adalah bertentangan dengan dalil.

Firman Allah S.W.T ;

وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

“(Allah mengharamkan) kalian berkata atas Allah apa yang tidak kalian ketahui.” [Al-A’rof: 33]

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا

 “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS. Al-Isra: 36)

Hanyasanya sifat ahlu sunnah tidak mungkin untuk diberikan kepada kedua-dua madrasah yang mempunyai manhaj yang cukup berbeza, yang paling layak ialah manhaj yang tepat dengan sunnah sahaja, dan tidak diragukan bahawa madrasah pertama terlebih berhak untuk disifatkan sebagai ahlu sunnah berbanding madrasah kedua.

Adapun perkataan madrasah Ibnu Taimiah semata-mata akan memberikan salah faham, kerana apa yang dilalui oleh madrasah Ibnu Taimiah adalah apa yang telah didahului di kalangan salafussoleh dan imam-imam 4 mazhab.

Adapun pendirian kita terhadap kesalahan-kesalahan ulama dalam pentakwilan, maka kita kata ; sesiapa yang dikenali dikalangan mereka yang berniat baik untuk kebaikan agama dan berusaha untuk mengikuti sunnah, mereka akan diberi keuzuran kerana melakukan takwil. 

Sebaliknya keuzuran itu tidak menegah daripada kita mengatakan salah terhadap cara mereka yang bertentangan dengan jalan salafusoleh yang tidak mentakwilkan nas-nas sifat Allah serta berpegang dengan apa yang ditunjukkan oleh nas tanpa takyif, ta’til dan tamsil.

Kewajipan kita adalah membezakan antara hukum perkataan dan hukum orang yang berkata, hukum kelakuan dan hukum pelaku. Hukum yang salah jika berdasarkan ijtihad yang ikhlas tetap diberikan pahala sebagaimana kata Nabi s.a.w ;

إذا دكم الحاكم فاجتهد ثم اصاب, فله اجران. واذا حكم فاجتهدثم اصاب, فله اجران. واذا حكم فاجتهد, ثم اخطأ, فله اجر."
(رواه مسلم).


“apabila seorang hakim memutuskan perkara dengan berijtihad, kemudian ia benar, maka ia mendapatkan dua pahala. Dan apabila ia memutuskan perkara dengan berijtihad, lalu salah, maka ia memperoleh satu pahala”. (HR. Muslim)



Friday, May 20, 2016

BIDAAH KUIH PROMOSI SYARIKAT BESAR

TAMSILAN PENGUBAH KUIH BIDAAH


  • Sebuah syarikat gergasi mengupah seorang pekerja dengan gaji 20000 sebulan sebagai penjual kuih.
  • Kerjanya hanya menjual kuih yang telah disiapkan sepenuhnya oleh syarikat.
  • Syarikat begitu menjaga kualiti setiap produknya. Sedangkan kuih yang diupah menjualnya adalah produk terbaru dari syarikatnya.
  • Tidak laku atau rugi dalam jualan kuih bukan menjadi persoalan syarikat besar ini.
  • 5 jenis kuih, 5 rasa dan 5 warna setiap hari diniagakan untuk promosi produk.
  • Kadang-kadang laku, kadang-kadang tidak.
  • Penjual mengambil kesempatan menjual produk sendiri di atas meja syarikat.
  • Penjual juga sesekali mencampurkan aduk setiap kuih syarikat supaya nampak menarik dan laku.



Kesalahan pekerja adalah ;

  1. Menjual produk sendiri diatas meja syarikat. ( bidaah hakiki )
  2. Mencampur adukkan produk asal syarikat dengan alasan supaya menarik. ( bidaah idhafi )



Kedua-dua kesalahan tidak dapat dimaafkan, kerana syarikat gergasi ini telah beri gaji yang begitu tinggi kepada penjual kuih hanya untuk memperkenalkan produk kuih terbarunya. Sedangkan syarikat ini begitu dikenali sebagai syarikat yang begitu ketat menjaga kualiti produknya.


Begitu jugalah agama ini yang tidak membenarkan amalan-amalan lain untuk diletakkan di atas meja agama. Ataupun mencampur adukkan segala amalan dari agama ini pada asalnya lalu menjadi suatu amalan lain.

SOALAN MAUT BAGI PEMBIDAAH

SOALAN RINGKAS BAGI PELAKU BIDAAH


Setiap kali diingatkan kepada pelaku dan pencinta bidaah tentang bahaya kebidaahan mereka. Akan terpacul dari mulut mereka alasan yag cukup sinonim dimerata pelusuk alam.

Pertama ; benda baik apa salahnya.

Tanya mereka amalan apa paling baik? Jawapan mereka yang ada ilmu ialah solat. Tanya mereka kenapa Allah kata celaka kepada orang yang solat di dalam surah al maa’un?

Kedua ; ramai orang buat.

Tanyakan mereka sejak dari Nabi Nuh sampai Nabi Muhammad s.aw, pengikut atau penentang Nabi-nabi yang ramai?

Ketiga ; ulama dah susunkan, tak kan mereka salah?

Tanya mereka kenapa Allah tegur Nabi kita dalam surah abasa? Kalau tak salah kenapa Allah tegur? Nabi Adam diturunkan kedunia sebab apa?




Thursday, May 19, 2016

MAKNA ASMA DAN MAKNA SIFAT SERTA PERBEZAANNYA



APA ITU ‘ASMA’ DAN APA ITU ‘SIFAT’?
SERTA PERBEZAANNYA.

Asma’ ialah jamak daripada perkataan isim iaitu nama bagi sesuatu.

Menurut Ibnu Taimiah ;

(أسماء الأشياء هي الألفاظ الدالة عليها)
Majmuk fatawa 6/195

“asma atau nama-nama itu ialah lafaz-lafaz yang menunjukkan keatas sesuatu itu”. 

Contohnya ; Zaid, Ahmad, Matahari dan lain-lain yang memberi kefahaman diri seseorang itu atau sesuatu benda itu sendiri ( bukan keadaan atau kelakuan ).

Juga boleh dikatakan bahawa nama-nama ialah cerita tentang yang dinamakan itu.

Adapun sifat ialah perkara yang menunjukkan keadaan atau kelakuan sesuatu itu.

Berkata Ibnu Faris ;

(الصفة: الأمارة اللازمة للشيء)
Mu’jam maqayis lughah 5/448

“Sifat ialah tanda yang lazim bagi sesuatu”.

Contohnya ; berilmu, cantik, kuat dan lain-lain.






Perbezaan antara nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah.


Syeikh Soleh Uthaimin berpandangan ;

أن الاسم ‏:‏ ما سمي الله به، والصفة ‏:‏ ما وصف الله به‏.‏ وبينهما فرق ظاهر‏.‏
فالاسم يعتبر علماً على الله عز وجل متضمناً للصفة‏.‏

“Isim ; apa yang Allah namakan bagi diriNya. Sifat ; apa yang Allah S.W.T bersifat dengannya. Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang zahir. Isim diperkirakan tanda bagi Allah S.W.T yang mengandungi makna sifat. Kelaziman pada menetapkan nama ialah penetapan sifat”.

Contohnya ;

{‏إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ‏}‏ ‏{‏غَفُورٌ‏}‏ اسم يلزم منه المغفرة و ‏{‏رَّحِيمٌ‏}‏ يلزم منه إثبات الرحمة‏.‏ ولا يلزم من إثبات الصفة إثبات الاسم، مثل الكلام لا يلزم أن نثبت لله اسم المتكلم، بناء على ذلك تكون الصفات أوسع، لأن كل اسم متضمن لصفة وليست كل صفة متضمنة لاسم‏.‏ 

Ghafur ialah nama, ianya terkandung sifat penerima taubat. Rahim ialah nama yang mengandungi makna Penyayang.

Tidak semestinya pada menetapkan sifat, menetapkan nama. Contoh ; al Kalam maknanya ialah Yang berkata-kata, tetapi tidak boleh kita menetapkan nama Allah S.W.T sebagai al Mutakallim.

Bab sifat-sifat Allah S.W.T lebih luas, kerana setiap nama-nama Allah terkandung didalamnya sifat-sifat sedangkan tidaklah setiap sifat itu adalah nama bagi Allah S.W.T.”
Majmuk fata wa rasaail lil syeikh Muhammad bin Soleh Uthaimin


Dalam fatwa dari Lujnah Daimah ;

(أسماء الله كل ما دل على ذات الله مع صفات الكمال القائمة به؛ مثل: القادر، العليم، الحكيم، السميع، البصير؛ فإن هذه الأسماء دلَّت على ذات الله، وعلى ما قام بها من العلم والحكمة والسمع والبصر، أما الصفات؛ فهي نعوت الكمـال القائمة بالذات؛ كالعلم والحكمة والسمع والبصر؛ فالاسم دل على أمرين، والصفة دلت على أمر واحد، ويقال: الاسم متضمن للصفة، والصفة مستلزمة للاسم

Segala nama Allah ialah setiap apa yang menunjukkan di atas Zat Allah serta sifat-sifatNya yang sempurna, contohnya ; al-Qadir, al-Alim, al-Hakim, al-Sami’, al-Basir ; ini adalah nama-nama yang menunjukkan atas Zat Allah yang memberi makna ilmu, bijaksana, mendengar dan melihat. 

Adapun sifat-sifat ialah menyifatkan kesempurnaan di atas Zat Allah. 
Contohnya ; Ilmu, Bijaksana, Mendengar dan Melihat. 

Maka nama itu menunjukkan dua perkara ( nama bagi Allah dan keadaan Allah ), sifat menunjukkan satu perkara sahaja( hanya keadaan Allah). 

Dikatakan ; nama-nama itu memberi makna bagi sifat, dan sifat itu menjadi kelaziman bagi nama.



Tuesday, May 17, 2016

CERPEN SYUBHAH PAK KALAM 2



SYUBHAH PAK KALAM 2



Pak kalam telah habis menelaah dhobit-dhobit dalam kitab kuning yang telah dia pelajari 30 tahun lepas. Dia cukup bersedia kali ini untuk berdebat dengan siak pak wahab yang menghitamkan air wajahnya petang semalam.

Hampir jam 2 pagi baru selesai pak kalam kembali ke zaman pengajian sifat 20 dengan membelek satu persatu helaian lusuh kitabnya. Kali ini dia yakin dapat mematahkan hujah siak pak wahab.

Antara hujah yang pak kalam rasa akan membungkam siak pak wahab berkaitan wajah Allah nanti ;

“Kalau kamu kata wajah Allah ialah sifat sahaja bukannya anggota tubuh badan, sifat yang hanya kita fahamkan saja maknanya tanpa boleh kita rupakan. Lalu bagaimana nanti diakhirat kamu kata nak lihat wajah Allah? Bukankah kita orang islam diajar supaya ikhlas mengharapkan wajah Allah, kita nak bertemu wajah Allah. Jadi kalau kamu katakan wajah adalah sifat sahaja yang boleh kita fahami dalam pemikiran tidak ada rupa bentuknya, maka bagaimana nanti di akhirat kamu nak tengok wajah Allah sedangkan kamu kata itu hanyalah sifat?. Hujah ini akan jadikan siak pak wahab akan kelu nanti” bisik hati pak kalam sambil senyum bangga.

Awal subuh lagi pak kalam dah sampai masjid, ditinjau-tinjau tak nampak pulak kelibat siak pak wahab. Selesai imam Man bawa wirid ringkas selepas solat subuh yang kadang-kadang tak dengar kalimah apa yang disebut. Pak kalam ternampak kelibat siak di belakang tiang tengah masjid sendirian berwirid. Pak kalam hanya menunggu di luar masjid sambil mengingati kembali hujah-hujahnya.

“Apa yang engko cakap petang semalam ada betul jugak” pak kalam memulakan hujah.

(pak wahab) “betul tu, kalau kita tak sangka buruk pada orang…”

(pak kalam) “sangka buruk apa pulak pak kalam? aku tak sangka buruk pada kau pak wahab, apa yang engko cakapkan ini.”

(pak wahab) “kalau engko sangka orang lainpun sama tak faham macam engko”.

(pak kalam) “aduss..sussah betul nak cakap dengan engko ni pak wahab”

(pak wahab) “aku cakap bahasa mudah nak faham tak perlu engko nak takwil-takwil lagi pada cakap aku ni. Mudahlah nak faham. Apa yang engko nak bagitau aku pagi-pagi ni?.

(pak kalam) “cakap engko semalam tu bila aku renung-renung ada betulnya jugak”.

(pak wahab) “dah tu apa yang tak betulnya?”

(pak kalam) “Cuma aku musykil satu je..engko kata wajah Allah yang Dia sebut dalam al quran tu sifat, bukannya anggota tubuh badan. Itu ada logik jugak, tetapi kalau engko kata sifat wajah Allah tu ialah satu kefahaman kita sahaja, tidak boleh dirupakan, tidak boleh dibentukkan…macamana pulak nanti diakhirat? Engko dan geng engko kata boleh tengok wajah Allah, wajah yang hakiki? Kalau sifat saja macamana pulak engko kata wajah hakiki. Maknanya diakhirat nanti kita tak boleh nampak jugalah wajah Allah?..bukan begitu?” kata pak kalam sambil senyum memerangkap pak wahab.

Pak wahab senyum sambil tutup suis lampu beranda masjid.

(pak wahab) oh…itu je ke? ingat apa tadi. Aku nak tanya engko..

(pak kalam) aik kita tanya dia, dia tanya kita balik…

(pak wahab) Allah berkuasa tak?

(pak kalam) aissh engko ni…qudrah dan kaunuhu qaadiran tu kan berkuasa, kalau Dia tidak berkuasa mana boleh jadi Tuhan.

(pak wahab) haa…itulah jawapannya..engko dah jawab soalan engko sendiri, apa lagi mau tanya? Dan satu lagi Imam Malik pernah kata, walkaifu majhul, kaifiat atau cara tidak diketahui...ha itu maknanya ada caralah nak tengok, bukan tak de cara nak tengok, engko mati nanti tahulah cara nak tengok wajah Allah tu..

Dengan wajah tenang pak wahab tinggalkan pak kalam dengan persoalan…..

“aku kah yang tak faham, atau dia yang tak faham” bisik hati pak kalam.